(KESETIAAN, KETENANGAN SERTA KECINTAAN) "LIFE IS TOO SHORT, SO THINK WHAT IS GOOD, SPEAK WHAT IS KIND, AND TRY TO LIVE YOUR BEST, THEN THIS WORLD WILL BE BRIGHT AND BEAUTIFUL TO YOU"
Tuesday, October 27, 2009
Lelaki Manja..Eeemmmm
1. Lelaki yang suka peluk dan cium pipi ibu ayah?
Ini bukan lelaki manja. Ini anak mithali yang tidak segan untuk menunjukkan ketaatan seorang anak.
2. Lelaki yang suka menangis?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi lelaki yang sensitif. Perasaannya mudah tersentuh. Tengok juga pada sebab menangis. Jika kena pada tempatnya, bukanlah satu kesalahan.
3. Lelaki yang suka belai kucing?
Ini bukan lelaki manja. Ini lelaki pencinta haiwan. Lihat saja Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu yang berperibadi hebat.
4. Lelaki yang goyah dalam buat keputusan?
Ini bukan lelaki manja. Ini adalah tidak tetap pendirian atau mudah dipengaruhi. Tetapi adakah ini sikap yang tidak baik. Bagaimana jika anda didatangi individu yang 'terlebih tetap pendirian'. Jika A katanya, maka A. Jika B, B jadinya. Tidak terbuka pada sebarang perbincangan. Sakit juga.
5. Lelaki yang geli dengan ulat?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi itu normal. Ramai saja lelaki yang geli dengan cicak, lipas mahupun kumbang. Bezanya, lihat pada reaksi mereka. Jika mereka mengelak penuh gagah, tidak ada masalah. Tetapi jika mereka jerit 'auw', jangan dilayan sangat.
6. Lelaki yang tidak biasa buat kerja lelaki?
Ini bukan lelaki manja. Lelaki sebegini dahagakan ilmu. Jadi, daripada menuduhnya sebagai manja -- lebih baik dikongsikan apa yang tidak diketahuinya.
7. Lelaki yang suka minta bantuan orang lain?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi lelaki yang tidak pandai berdikari.
8. Lelaki yang suka merengek?
Ini bukan lelaki manja. Tengok juga pada rengekannya. Kalau mengada-ngada sangat, elok 'dibasuh' secara bijaksana.
9. Lelaki yang jalan berlenggang lenggok kerana dibuat-buat?
Ini bukan lelaki manja. Err, ini lelaki ... Jika dia jalan begitu kerana sakit, cubalah untuk fahami. Tetapi jika dia berlenggang lenggok dengan sengaja, elok dihantar ke kem tentera untuk dibuat sedikit 'pengubahsuaian'.
10. Lelaki yang main teddy bear?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi lelaki yang suka bantal busuk. Mungkin juga dia menggantikan bantal goleknya dengan patung beruang. Husnu dzon (berbaik sangka) itu penting (boleh ke?)
Saturday, October 17, 2009
Berkesankah Solat Kita???
KHUSYUK DALAM SOLAT
Erti Khusyuk
Pembahagian Khusyuk
1. Khusyuk Lahiriah
- Yakni seluruh anggota zahir mengerjakan perbuatan-perbuatan solat dengan tenang serta tidak bergerak-gerak kecuali pergerakan yang diperintahkan dalam solat.
- Bergerak-gerak tidak sampai 3 kali berturut-turut (kalau lebih 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat mengikut hukum fiqah) namun ia tetap boleh menjejaskan pencapaian khusyuk.
2. Khusyuk Anggota Batin
- Jika khusyuk anggota lahiriah ( tahap pertama) ini tercapai, maka ia perlu dipertingkatkan lagi kepada khusyuk tahap kedua - khusyuk ''anggota'' batin.
- Khusyuk ini tercapai apabila hati mengalami beberapa rasa seperti KAGUM (haibah), TAKUT (khauf), HARAP (raja') dan MALU serta HINA DIRI kepada Allah S.W.T
- Untuk mencapai khusyuk tahap kedua ini USAHA dan MUJAHADAH yang lebih serius dan ISTIQAMAH diperlukan.
- Imam Ghazali rahimullah telah menunjukkan beberapa langkah untuk mencapainya.
Langkah-langkah itu ialah:
1. Fikiran fokus sepenuhnya kapada bacaan dan perbuatan solat
2. Memahami makna bacaan dan perbuatan dalam solat
3. Merasai kehebatan dan keagungan Allah
4. Merasa takut kapada Allah dan kemurkaan-Nya
5. Mengharap keampunan dan keredhaan Allah
6. Merasa malu kapada Allah
Tip Untuk Khusyuk
- Sedar bukan sekadar tahu kita sedang berdepan dengan Allah
- Fahami makna bacaan Al-Quran
- Fahami makna zikir dan selawat
- Memanjangkan masa untuk rukuk dan sujud
- Tidak '' bermain-main'' dengan anggota badan ataupun meliarkan mata
- Memandang ke tempat sujud
- Jauhkan diri daripada perkara/alat/ suasana yang boleh mengusik atau menarik perhatian.
Tip Menolak Gangguan Dalam Solat
Tolak sebab yang datang dari luar seperti:
- Jauhilah daripada bunyi-bunyi, lukisan atau suara- suara yang boleh mengacau tumpuan hati dan fikiran.
- Fokus mata hanya ke tempat sujud, jangan ada gambar, ukiran dan warna-warni pada sejadah.
Tolak sebab yang datang dari dalam seperti:
- Paksa diri ikut makna bacaan satu persatu.
- Bertenang sebentar sebelum takbir pertama ( memperbaharui ingatan kepada Allah dan Hari Akhirat)
- Buang punca-punca yang boleh mengganggu ingatan dengan cara mengunci pintu, tutup api dapur, silentkan atau matikan telefon bimbit dan lain-lain.
Solat yang khusyuk akan:
- Meningkatkan jati diri sebagai hamba Allah (rasa kehambaan).
- Membina rasa bertuhan (bergantung dan berharap) kepada Allah.
- Bertaubat atas dosa-dosa
- Menyuburkan hati dengan iman dan tauhid
Apabila keempat-empat kesan ini ada pada peribadi seseorang- kejayaan sudah berada di dalam genggaman. Inilah kekayaan, kehormatan, kebahagian yang dicari-cari oleh setiap manusia dalam kehidupan. BERUSAHALAH sedaya upaya dengan tadbir dan kudrat sebagai insan, TETAPI jangan lupa bersandar kepada takdir dan iradat Tuhan.
MARILAH SEMBAHYANG DAN MARILAH MENUJU KEJAYAAN.
WORK SMART, PRAY HARD!
Sumber: Majalah Solusi Isu No 10
Monday, October 12, 2009
Sekalung Doa
Wednesday, October 7, 2009
Menerima Hakikat Bahawa Manusia akan Disulami Dengan Ujian
Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.
Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.
Sumber: Ustaz Amin blog
Tuesday, October 6, 2009
Peringatan Untuk Diriku Sendiri dan Sahabatku Semua
Saturday, October 3, 2009
HI, BOLEH SAYA KENAL?
Bermula dari SMS yang berbunyi begini *****Hi boleh saya kenal*****
just nk tanya . . rambut ayang panjang x?just thinking of u at the moment…
SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR......
PEGANG TANGAN- > TERABE- > TERLANJUR- > DAN TER...TER...LA
semuanya TER...je kan??
TER...ke???
RENUNGKAN....TEPUK DADA DAN TANYA IMAN
Sumber : www.kopihitamlegam.blogspot.com
Solat dan Kita
1. Tahap ilmu:
2. Tahap kedua: Menundukkan hati
3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah
Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:
"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi "
Mengandungi ikrar setiap hamba:
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam"
*Mujahadah = perjuangan melawan hawa nafsu, semangat
*Istiqamah = Taat melakukan sesuatu secara berterusan
Sumber: aman.via.my
Thursday, October 1, 2009
.............
Setiap detik yang berlalu Menghitung diriku Bertanya padaku Akankah sia-sia bila akhir waktu Datang memanggilku Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Jagalah diriku jagalah diriku Lindungi lindungi lindungilah aku ini Jagalah cintai lindungi selamatkan aku