Showing posts with label Panduan/Tips. Show all posts
Showing posts with label Panduan/Tips. Show all posts

Saturday, December 5, 2009

Tuesday, October 27, 2009

Lelaki Manja..Eeemmmm

Apakah definisi lelaki manja sebenarnya?

1. Lelaki yang suka peluk dan cium pipi ibu ayah?
Ini bukan lelaki manja. Ini anak mithali yang tidak segan untuk menunjukkan ketaatan seorang anak.

2. Lelaki yang suka menangis?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi lelaki yang sensitif. Perasaannya mudah tersentuh. Tengok juga pada sebab menangis. Jika kena pada tempatnya, bukanlah satu kesalahan.

3. Lelaki yang suka belai kucing?
Ini bukan lelaki manja. Ini lelaki pencinta haiwan. Lihat saja Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu yang berperibadi hebat.

4. Lelaki yang goyah dalam buat keputusan?
Ini bukan lelaki manja. Ini adalah tidak tetap pendirian atau mudah dipengaruhi. Tetapi adakah ini sikap yang tidak baik. Bagaimana jika anda didatangi individu yang 'terlebih tetap pendirian'. Jika A katanya, maka A. Jika B, B jadinya. Tidak terbuka pada sebarang perbincangan. Sakit juga.

5. Lelaki yang geli dengan ulat?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi itu normal. Ramai saja lelaki yang geli dengan cicak, lipas mahupun kumbang. Bezanya, lihat pada reaksi mereka. Jika mereka mengelak penuh gagah, tidak ada masalah. Tetapi jika mereka jerit 'auw', jangan dilayan sangat.

6. Lelaki yang tidak biasa buat kerja lelaki?
Ini bukan lelaki manja. Lelaki sebegini dahagakan ilmu. Jadi, daripada menuduhnya sebagai manja -- lebih baik dikongsikan apa yang tidak diketahuinya.

7. Lelaki yang suka minta bantuan orang lain?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi lelaki yang tidak pandai berdikari.

8. Lelaki yang suka merengek?
Ini bukan lelaki manja. Tengok juga pada rengekannya. Kalau mengada-ngada sangat, elok 'dibasuh' secara bijaksana.

9. Lelaki yang jalan berlenggang lenggok kerana dibuat-buat?
Ini bukan lelaki manja. Err, ini lelaki ... Jika dia jalan begitu kerana sakit, cubalah untuk fahami. Tetapi jika dia berlenggang lenggok dengan sengaja, elok dihantar ke kem tentera untuk dibuat sedikit 'pengubahsuaian'.

10. Lelaki yang main teddy bear?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi lelaki yang suka bantal busuk. Mungkin juga dia menggantikan bantal goleknya dengan patung beruang. Husnu dzon (berbaik sangka) itu penting (boleh ke?)

Saturday, October 17, 2009

Berkesankah Solat Kita???


KHUSYUK DALAM SOLAT

Erti Khusyuk

Bermaksud akur, tunduk atau patuh. Solat yang khusyuk tercapai apabila hati, fikiran dan perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu mengerjakan solat. Dan kepatuhan di dalam solat ini memberi impak kepada kepatuhan seseorang kepada Allah di luar solatnya.


Pembahagian Khusyuk

1. Khusyuk Lahiriah

  • Yakni seluruh anggota zahir mengerjakan perbuatan-perbuatan solat dengan tenang serta tidak bergerak-gerak kecuali pergerakan yang diperintahkan dalam solat.
  • Bergerak-gerak tidak sampai 3 kali berturut-turut (kalau lebih 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat mengikut hukum fiqah) namun ia tetap boleh menjejaskan pencapaian khusyuk.

2. Khusyuk Anggota Batin

  • Jika khusyuk anggota lahiriah ( tahap pertama) ini tercapai, maka ia perlu dipertingkatkan lagi kepada khusyuk tahap kedua - khusyuk ''anggota'' batin.
  • Khusyuk ini tercapai apabila hati mengalami beberapa rasa seperti KAGUM (haibah), TAKUT (khauf), HARAP (raja') dan MALU serta HINA DIRI kepada Allah S.W.T
  • Untuk mencapai khusyuk tahap kedua ini USAHA dan MUJAHADAH yang lebih serius dan ISTIQAMAH diperlukan.
  • Imam Ghazali rahimullah telah menunjukkan beberapa langkah untuk mencapainya.

Langkah-langkah itu ialah:

1. Fikiran fokus sepenuhnya kapada bacaan dan perbuatan solat

2. Memahami makna bacaan dan perbuatan dalam solat

3. Merasai kehebatan dan keagungan Allah

4. Merasa takut kapada Allah dan kemurkaan-Nya

5. Mengharap keampunan dan keredhaan Allah

6. Merasa malu kapada Allah

Tip Untuk Khusyuk

  • Sedar bukan sekadar tahu kita sedang berdepan dengan Allah
  • Fahami makna bacaan Al-Quran
  • Fahami makna zikir dan selawat
  • Memanjangkan masa untuk rukuk dan sujud
  • Tidak '' bermain-main'' dengan anggota badan ataupun meliarkan mata
  • Memandang ke tempat sujud
  • Jauhkan diri daripada perkara/alat/ suasana yang boleh mengusik atau menarik perhatian.

Tip Menolak Gangguan Dalam Solat

Tolak sebab yang datang dari luar seperti:

  • Jauhilah daripada bunyi-bunyi, lukisan atau suara- suara yang boleh mengacau tumpuan hati dan fikiran.
  • Fokus mata hanya ke tempat sujud, jangan ada gambar, ukiran dan warna-warni pada sejadah.

Tolak sebab yang datang dari dalam seperti:

  • Paksa diri ikut makna bacaan satu persatu.
  • Bertenang sebentar sebelum takbir pertama ( memperbaharui ingatan kepada Allah dan Hari Akhirat)
  • Buang punca-punca yang boleh mengganggu ingatan dengan cara mengunci pintu, tutup api dapur, silentkan atau matikan telefon bimbit dan lain-lain.

Solat yang khusyuk akan:

  1. Meningkatkan jati diri sebagai hamba Allah (rasa kehambaan).
  2. Membina rasa bertuhan (bergantung dan berharap) kepada Allah.
  3. Bertaubat atas dosa-dosa
  4. Menyuburkan hati dengan iman dan tauhid

Apabila keempat-empat kesan ini ada pada peribadi seseorang- kejayaan sudah berada di dalam genggaman. Inilah kekayaan, kehormatan, kebahagian yang dicari-cari oleh setiap manusia dalam kehidupan. BERUSAHALAH sedaya upaya dengan tadbir dan kudrat sebagai insan, TETAPI jangan lupa bersandar kepada takdir dan iradat Tuhan.

MARILAH SEMBAHYANG DAN MARILAH MENUJU KEJAYAAN.

WORK SMART, PRAY HARD!

Sumber: Majalah Solusi Isu No 10

Wednesday, October 7, 2009

Menerima Hakikat Bahawa Manusia akan Disulami Dengan Ujian


Manusia tidak lari dari ditimpa musibah. Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.

Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.

1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.

Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.



2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia. Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul. Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.



3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.

Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.

Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya. Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.

Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut.

Sumber: Ustaz Amin blog

Saturday, August 22, 2009

All The Best!!


Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku untuk mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.



Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi.



Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah



Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan diri seorang insan yang istiqamah dan secara tidak langsung, lebih berjaya dan disayangi yang Maha Esa adalah:




  • Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T . Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat.



  • Masukkan matlamat di dalam doa. Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.



  • Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa.Bagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya, duduk menghadap ke arah kiblat.



  • Berterusan dalam mencari ilmu. Hal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha.



  • Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T.Contohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan serta kasih-mengasihi sesama manusia.



  • Kenali diri. Ubah sikap-sikap yang negatif kepada positif.



  • Menolong insan lain untuk berjaya. InsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba-hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain.



  • Iklankan matlamat.Tampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita terus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah.


Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting adalah usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki.




Sumber : iluvislam.com

Friday, August 14, 2009

Bagaimana Syaitan Menghasut Manusia 4

Iklan syaitan menghasut manusia (Panas Baran)

Sikap panas baran menyebabkan manusia marah dan hilang pertimbangan. Dan akhirnya membawa kepada kesudahan yang tidak baik.

Bagaimana Syaitan Menghasut Manusia 3

Iklan syaitan menghasut manusia ( Makanan Syaitan)

Ingat! Ingat! Selama mana kita lupa kepada Allah, selama itulah syaitan tidak akan pernah melupakan manusia.

Bagaimana Syaitan Menghasut Manusia 2

Iklan syaitan menghasut manusia (Aurat)

Ingat! Ingat! Labuhkan tudung sehingga menutup dadamu, longgarkanlah pakaianmu dan tutupkanlah kakimu..

Syaitan tidak akan pernah putus asa dalam menyesatkan manusia, sehinggalah manusia itu berjaya masuk perangkapnya.

Bagaimana Syaitan Menghasut Manusia 1

Iklan syaitan menghasut manusia (Bangun subuh)

Ingat! Ingat! SOLAT ITU LEBIH BAIK DARI TIDUR.

Sunday, August 2, 2009

KENAPA????

Persoalan Hidup Seorang Manusia; KENAPA?




Kita sering bertanya KENAPA??? dan Al-Quran ada jawapannya..

KENAPA AKU DIUJI?

''Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;''Kami telah beriman,'' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.''
(Surah Al-Ankabut : 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

''Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah SWT mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.''

(Surah Al-Baqarah : 216)

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?

''Allah SWT tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.''

(Surah Al-Baqarah : 286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

''Jangan kamu bersikap lemah,dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.''

(Surah Ali-Imran : 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

'' Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah SWT supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).''

(Surah Ali-Imran : 200)

''Dan mintalah pertolongan (daripada Allah SWT) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali orang-orang yang khusyuk.''

(Surah Al-Baqarah : 45)

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

''Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka.''

(Surah At-Taubah : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

'' Cukuplah Allah SWT bagiku, tiada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal.''

(Surah At-Taubah : 129)

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!!

''Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah SWT. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah SWT melainkan kaum yang kafir.''

(Surah Yusuf : 12)

SEKIRANNYA ALLAH SWT MENGUJI KITA.........,
ini bermakna Allah SWT sayangkan kita.
Dia mahukan kita supaya lebih hampir kepadaNya.
Berusahalah dan berdoalah kepadaNya supaya dibukakan pintu rezeki agar dapat kita menempuh perjalanan kehidupan yang sementara ini.
Jangan jadikan kesempitan ini untuk bertindak diluar batasan.
Ketahuilah, Allah SWT menurunkan 1/10 nikmat ke dunia,jangan sampai kerana 1 nikmat ini, kita kehilangan yang lagi 9 di 'sana'.
Yang pastinya Allah SWT mengurniakan limpahan nikmat kepada kita,
BAGAIMANA KITA MENGGUNAKANNYA?
selidiklah DIRI KITA.



Sumber: Buku Tinta Minda Membentuk Generasi Bertakwa

Saturday, August 1, 2009

Maksud,Keistimewaan dan Fadhilat surah al-Fatihah


  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.
  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
  5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
  7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada di dalam Al-Quran.Ia dinamakan 'Ummul Quran" (yang bermaksud induk Al-Quran) atau "Ummul Kitab" (yang bermaksud induk kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al-Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat.
Fadhilat Surah Al-Fatihah:
Untuk Penawar Racun & Kala Jengking

Isilah gelas dengan sedikit air yang dicampur dengan sedikit garam. Bacakanlah surah al Fatihah 7 kali pada air di dalam gelas itu. Kemudian berilah orang yang disengat lipan itu minum dan usapkanlah sedikit di bahagian sengatan tadi. Insyaallah dengan ikhtiar itu racun yang ada di dalam badan akan menjadi tawar sehingga cepat sembuh kembali.2.

Untuk Menghilangkan Sifat Lupa

Tulislah surah al Fatihah pada bekas air seperti gelas, piring, dan lain-lain) yang bersih lagi suci. Lalu tuangkanlah air ke dalamnya supaya tulisan itu terhapus. Kemudian berilah minum kepada orang yang selalu pelupa. Insya Allah usaha ini akan berhasil dengan kesabaran.

Untuk Penyembuhan Segala Penyakit

Ambillah sebaldi air lalu dibacakan surah ini kepada air itu sebanyak 40 kali. Kemudian basuhlah kedua tangan, kedua kaki, muka,kepala dan seluruh anggota badan sampai rata dengan air itu. Insya Allah dengan ikhtiar ini, penyakit yang dialami akan sembuh. Lakukanlah berkali-kali.4.

Untuk Penyembuhan Penyakit Mata

Bacalah surah ini 41 kali sehabis sembahyang subuh kepada orang yang sakit mata. Kemudian usapkanlah ke mata pesakit dengan sedikit air ludah iaitu selepas membaca al Fatihah. Insya Allah akan sembuh dengan berkah yang ada pada surah al Fatihah ini.


Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki- Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezeki Mu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"

Sesungguhnya fadilat Surah al-Fatihah itu terlalu besar. Ia bacaan yang wajib setiap kali solat dan diulang sebanyak 17 kali sehari. Sebahagian fadilat yang dapat dikongsi ialah Rasulullah SAW pernah bersabda `’fatihatul kitab itu ubat dari segala penyakit’.Dalam hadis yang lain Baginda menyatakan ‘Fatihatul kitab adalah ubat bagi segala racun’. Banyak kitab masyhur membicarakan mengenai fadilat surah al-Fatihah dalam merawat pesakit sama ada mental atau fizikal. Ia juga digunakan untuk mendapatkan kesembuhan sakit akibat disengat binatang bisa juga racun.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu bahawa dia pernah sakit di Makkah, tanpa tabib dan ubat. Lalu dia minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap orang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.Surah al-Fatihah hendaklah dibaca dengan ikhlas dan betul bacaannya supaya mendapat fadilat dan keberkatan. Amalkan membaca fatihah setiap kali selepas solat sunat insya-Allah banyak keberkatan yang diperolehi serta sebagai persediaan diri dan pengadang dari keburukan.

Sumber: tafsir al-Quran online maksud, fadhilat dan khasiat surah al-Fatihah

Friday, July 31, 2009

Tip Pendinding Diri daripada Sihir, Santau dan seangkatan dengannya

A'u zubillahi minassyaidton nirrajiim
Bismillaahirrahmaan nirrahiim
Tips:

  1. Makan Tamar Nabi (Kurma Al-Ajwah) tiap-tiap hari sebanyak 7 biji sambil berdoa. Kalau tak de kurma Al-Ajwah, kurma biasa pun boleh.
  2. Berwudhuk sebelum tidur.
  3. Solat berjemaah.
  4. Solat sunat Tahajjud 2 rakaat tiap malam.
  5. Amalkan baca doa sebelum masuk tandas.Tandas adalah tempat kotor. Tempat kotor adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan.
  6. Sebelum melakukan sesuatu mulakan dengan membaca:

A'u zubillahi minassyaidton nirrajiim

''Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam''

7. Amalkan membaca ayatul Kursi dan berzikir sampai tertidur.

8. Amalkan membaca:

  • Al-Fatihah
  • 3 QUL ( Al- Ikhlas, An-Nas, Al-Falaq)
  • Al-Kafirun
  • Surah Yunus; Ayat 79-82
  • Surah Thaha ; Ayat 65-69
  • Surah Soffat; Ayat 1-10

Bangun pagi janganlah lambat,

Nanti lambat pergi pejabat,

Usah percaya bomoh dan kurafat,

Bimbang hidup tidak selamat.

*Sumber : Rancangan Semanis Kurma yang bertajuk ''Gila Berbomoh''