Saturday, December 5, 2009

Saturday, November 14, 2009

Al-Quran



Waktu engkau masih kanak-kanak………….
kau laksana kawan sejatikuDengan wudu’,
Aku kau sentuhdalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra


Sekarang engkau telah dewasa…………..
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku….
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmuAtau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…….


Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa

Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.


Dulu…pagi-pagi….surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..
Sekarang…seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca surat khabar dahulu

Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…


Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu Mengasyikkan.


Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu………Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu..


Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t....


Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…Dan akhirnya…..kubur yang setia menunggu mu…………
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati…
Di kuburmu nanti….Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah “Al-Qur’an”,kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.


Peganglah Aku kembali.. ..
bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah AzzawajallaTuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu…….


Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali…
Baca dan pelajari lagi Aku….

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat Seperti dulu….
Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri….
Dalam bisu dan sepi….

Tuesday, October 27, 2009

Lelaki Manja..Eeemmmm

Apakah definisi lelaki manja sebenarnya?

1. Lelaki yang suka peluk dan cium pipi ibu ayah?
Ini bukan lelaki manja. Ini anak mithali yang tidak segan untuk menunjukkan ketaatan seorang anak.

2. Lelaki yang suka menangis?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi lelaki yang sensitif. Perasaannya mudah tersentuh. Tengok juga pada sebab menangis. Jika kena pada tempatnya, bukanlah satu kesalahan.

3. Lelaki yang suka belai kucing?
Ini bukan lelaki manja. Ini lelaki pencinta haiwan. Lihat saja Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu yang berperibadi hebat.

4. Lelaki yang goyah dalam buat keputusan?
Ini bukan lelaki manja. Ini adalah tidak tetap pendirian atau mudah dipengaruhi. Tetapi adakah ini sikap yang tidak baik. Bagaimana jika anda didatangi individu yang 'terlebih tetap pendirian'. Jika A katanya, maka A. Jika B, B jadinya. Tidak terbuka pada sebarang perbincangan. Sakit juga.

5. Lelaki yang geli dengan ulat?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi itu normal. Ramai saja lelaki yang geli dengan cicak, lipas mahupun kumbang. Bezanya, lihat pada reaksi mereka. Jika mereka mengelak penuh gagah, tidak ada masalah. Tetapi jika mereka jerit 'auw', jangan dilayan sangat.

6. Lelaki yang tidak biasa buat kerja lelaki?
Ini bukan lelaki manja. Lelaki sebegini dahagakan ilmu. Jadi, daripada menuduhnya sebagai manja -- lebih baik dikongsikan apa yang tidak diketahuinya.

7. Lelaki yang suka minta bantuan orang lain?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi lelaki yang tidak pandai berdikari.

8. Lelaki yang suka merengek?
Ini bukan lelaki manja. Tengok juga pada rengekannya. Kalau mengada-ngada sangat, elok 'dibasuh' secara bijaksana.

9. Lelaki yang jalan berlenggang lenggok kerana dibuat-buat?
Ini bukan lelaki manja. Err, ini lelaki ... Jika dia jalan begitu kerana sakit, cubalah untuk fahami. Tetapi jika dia berlenggang lenggok dengan sengaja, elok dihantar ke kem tentera untuk dibuat sedikit 'pengubahsuaian'.

10. Lelaki yang main teddy bear?
Ini bukan lelaki manja. Tetapi lelaki yang suka bantal busuk. Mungkin juga dia menggantikan bantal goleknya dengan patung beruang. Husnu dzon (berbaik sangka) itu penting (boleh ke?)

Saturday, October 17, 2009

Berkesankah Solat Kita???


KHUSYUK DALAM SOLAT

Erti Khusyuk

Bermaksud akur, tunduk atau patuh. Solat yang khusyuk tercapai apabila hati, fikiran dan perasaan dan seluruh pancaindera tunduk patuh kepada Allah sepanjang waktu mengerjakan solat. Dan kepatuhan di dalam solat ini memberi impak kepada kepatuhan seseorang kepada Allah di luar solatnya.


Pembahagian Khusyuk

1. Khusyuk Lahiriah

  • Yakni seluruh anggota zahir mengerjakan perbuatan-perbuatan solat dengan tenang serta tidak bergerak-gerak kecuali pergerakan yang diperintahkan dalam solat.
  • Bergerak-gerak tidak sampai 3 kali berturut-turut (kalau lebih 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat mengikut hukum fiqah) namun ia tetap boleh menjejaskan pencapaian khusyuk.

2. Khusyuk Anggota Batin

  • Jika khusyuk anggota lahiriah ( tahap pertama) ini tercapai, maka ia perlu dipertingkatkan lagi kepada khusyuk tahap kedua - khusyuk ''anggota'' batin.
  • Khusyuk ini tercapai apabila hati mengalami beberapa rasa seperti KAGUM (haibah), TAKUT (khauf), HARAP (raja') dan MALU serta HINA DIRI kepada Allah S.W.T
  • Untuk mencapai khusyuk tahap kedua ini USAHA dan MUJAHADAH yang lebih serius dan ISTIQAMAH diperlukan.
  • Imam Ghazali rahimullah telah menunjukkan beberapa langkah untuk mencapainya.

Langkah-langkah itu ialah:

1. Fikiran fokus sepenuhnya kapada bacaan dan perbuatan solat

2. Memahami makna bacaan dan perbuatan dalam solat

3. Merasai kehebatan dan keagungan Allah

4. Merasa takut kapada Allah dan kemurkaan-Nya

5. Mengharap keampunan dan keredhaan Allah

6. Merasa malu kapada Allah

Tip Untuk Khusyuk

  • Sedar bukan sekadar tahu kita sedang berdepan dengan Allah
  • Fahami makna bacaan Al-Quran
  • Fahami makna zikir dan selawat
  • Memanjangkan masa untuk rukuk dan sujud
  • Tidak '' bermain-main'' dengan anggota badan ataupun meliarkan mata
  • Memandang ke tempat sujud
  • Jauhkan diri daripada perkara/alat/ suasana yang boleh mengusik atau menarik perhatian.

Tip Menolak Gangguan Dalam Solat

Tolak sebab yang datang dari luar seperti:

  • Jauhilah daripada bunyi-bunyi, lukisan atau suara- suara yang boleh mengacau tumpuan hati dan fikiran.
  • Fokus mata hanya ke tempat sujud, jangan ada gambar, ukiran dan warna-warni pada sejadah.

Tolak sebab yang datang dari dalam seperti:

  • Paksa diri ikut makna bacaan satu persatu.
  • Bertenang sebentar sebelum takbir pertama ( memperbaharui ingatan kepada Allah dan Hari Akhirat)
  • Buang punca-punca yang boleh mengganggu ingatan dengan cara mengunci pintu, tutup api dapur, silentkan atau matikan telefon bimbit dan lain-lain.

Solat yang khusyuk akan:

  1. Meningkatkan jati diri sebagai hamba Allah (rasa kehambaan).
  2. Membina rasa bertuhan (bergantung dan berharap) kepada Allah.
  3. Bertaubat atas dosa-dosa
  4. Menyuburkan hati dengan iman dan tauhid

Apabila keempat-empat kesan ini ada pada peribadi seseorang- kejayaan sudah berada di dalam genggaman. Inilah kekayaan, kehormatan, kebahagian yang dicari-cari oleh setiap manusia dalam kehidupan. BERUSAHALAH sedaya upaya dengan tadbir dan kudrat sebagai insan, TETAPI jangan lupa bersandar kepada takdir dan iradat Tuhan.

MARILAH SEMBAHYANG DAN MARILAH MENUJU KEJAYAAN.

WORK SMART, PRAY HARD!

Sumber: Majalah Solusi Isu No 10

Monday, October 12, 2009

Sekalung Doa


Ya Allah


Jadikanlah aku hambaMu

Yang berkejaran mendapatkan redhaMu

Jadikanlah aku hambaMu

Yang istiqamah menyusuli sunnah RasulMu

Jadikanlah aku hambaMu

Yang soleh/solehah dalam melaksanakan perintahMu

Jadikanlah aku hambaMu

Yang dinaungi perlindunganMu

Jadikanlah aku hambaMu

Yang merendah diri dihadapan ketinggianMu


Berkatilah segala nikmat yang telah Engkau curahkan agar diriku dalam nikmat kesyukuran terhadapMu

Degupan jantungku, aliran darahku segala yang Engkau titikan padaku

Kuserahkan hanya untukMu. Rabbiku


Ameen




Wednesday, October 7, 2009

Menerima Hakikat Bahawa Manusia akan Disulami Dengan Ujian


Manusia tidak lari dari ditimpa musibah. Oleh kerana hidup manusia pasti akan disulami dengan musibah, maka Allah mengajarkan kita cara menghadap musibah. Banyak hadith dan ayat Quran yang membicarakan mengenai cara menghadapi musibah.

Ada tiga peringkat mengenai sikap manusia ketika ditimpa sesuatu musibah.

1. Pada permulaannya, berlaku penolakkan. Di peringkat ini, manusia tidak menerima hakikat bahawa sesuatu telah hilang darinya, sesuatu telah tiada, sesuatu telah menimpa dan sebagainya. Dia akan cuba lari dari hakikat dan masalah. Jika dia cuba lari dari menerima hakikat, jiwanya akan semakin tertekan, hatinya semakin sempit dan fikirannya semakin keliru.

Di dalam Islam, kita perlu jujur menerima hakikat diri kita. Semakin berani kita untuk jujur menerima hakikat diri semakin tenang jiwa kita. Sebab itu di dalam Islam ada konsep muhasabah. Muhasabah bererti menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri. Jika kita tidak dapat menerima hakikat diri kita, maka kita tidak akan dapat membuat perubahan di dalam diri kita.



2. Peringkat kedua, manusia akan mengeluh, marah-marah, mendongkol, menyalahkan orang lain dan yang paling parah ialah apabila menyalahkan takdir. Di peringkat ini, mereka telah menerima hakikat bahawa mereka sedang melalui masa getir, tetapi mendongkol dengan keadaan diri.

Sesungguhnya, mengeluh tidak merubah apa-apa. Sikap marah-marah juga tidak merubah apa-apa. Dia akan membuatkan kita semakin tertekan dan terhimpit. Sudahlah ditimpa musibah, hati pula hilang bahagia. Di dalam Islam, kita ada konsep muraqabah, iaitu rasa sentiasa diawasi oleh Allah. Hari ini jika kita senang, Allah mahu melihat apa yang kita lakukan begitu juga apabila kita susah. Allah akan melihat apa yang akan kita lakukan. Semua, susah dan senang ada nilaian pahala jika kita membuat sesuatu dengan betul. Jika kita rasa sentiasa diawasi Allah, kita akan selalu mencari keredhaannya. Waktu senang kita tidak lupa Allah, waktu susah kita bergantung penuh denganNya. Akhirnya, senang dan susah tetap tenang dan tetap bahagia.



3. Peringkat ketiga barulah biasanya manusia menerima segala apa ketentuan hidupnya. Barulah tidak marah-marah, tidak mengeluh dan sebagainya. Walaubagaimana pun, jika salah kefahamannya, manusia akan putus asa, hilang harapan, hilang semangat, hilang rasa untuk terus berusaha. Akhirnya, hidupnya semakin murung, semakin tidak ceria dan semakin kusut.

Di dalam Islam, apabila kita telah menerima kita di dalam keadaan susah, ada konsep tawakkal. Tawakkal ialah kita berusaha dan bakinya kita serahkan pada Allah untuk menyempurnakannya. Jika perniagaan kita gagal, kita usahakan terus, ubah sana dan sini, baki serah pada Allah. Jika rumah tangga kita gagal, kita usahakan untuk perbaiki, baki yang diluar kemampuan kita, kita serah pada Allah.

Orang yang ada konsep muhasabah, muraqabah dan tawakkal akan sentiasa positif di dalam hidupnya. Dia akan sentiasa tenang walaupun musibah itu ibarat bukit yang menghempapnya. Sesungghunya, semua manusia akan diuji dengan musibah, yang membezakan orang beriman atau tidak ialah di hujung ujian.

Jika di hujung ujian dia tetap tidak putus asa, tetap berusaha, tetap tenang, tetap berjuang maka dia adalah pemenang di dalam ujian tersebut.

Sumber: Ustaz Amin blog

Tuesday, October 6, 2009

Peringatan Untuk Diriku Sendiri dan Sahabatku Semua

From : syahril
Message :
SEBAGAI RENUNGAN..... Wahai Muslimin dan Muslimat...BERINGATLAH!! Hari qiamat sudah semakin hampir..... tanda-tanda qiamat sudah banyak berlaku, baik tanda-tanda kecil mahupun yang besar. Tetapi masih ramai di kalangan kita umat Islam masih tidak sedar. Ini tidak lain kerana kita sudah meninggalkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW. Yg dilihat hanyalah rukun Islam yg 5 dan rukun Iman yg 6....tidak lebih daripada itu. Wahai Muslimin Muslimat !! Sudahkah kalian membaca akhbar pada hari ini?! Sudahkah kalian melihat berita perdana semalam & hari ini (baik apa jua salurannya)? Tidak takutkah kalian dengan apa yang sedang berlaku?? Sepatutnya kita sebagai Muslim tidak harus terkejut dengan apa yang berlaku kerana Rasulullah SAW telah pun memberitahu kpd kita secara detail apa yang nak berlaku di akhir zaman sebelum hari qiamat.... Cuma kita yang tak mahu membaca hadis-hadisnya. Bacalah hadis-hadis Nabi yang telah disampaikan lebih 1400 tahun ini dan buatlah persiapan untuknya... JANGAN TUNGGU LAGI. AJAL DATANG SEKELIP MATA. Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu Majjah) Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani) Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari) Rasulullah SAW bersabda: "Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (Hadis riwayat Ahmad) Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun kepada mereka, iaitu: 1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja 2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan 3. Zakat dijadikan hutang 4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat) 5. Anak derhaka terhadap ibunya 6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya. 7. Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya 8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid. 9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka. 10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya. 11. Arak sudah diminum secara berleluasa. 12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki) 13. Para artis-artis disanjung-sanjung. 14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan. 15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu). Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi) Wahai Muslimin Muslimat.... APA LAGI YG ANDA TUNGGU??!! BERINGATLAH!! KEMBALILAH KEPADA ISLAM....JANGAN LAGI NAK BERDOLAK-DALIH! Janganlah kalian SOMBONG & EGO terhadap ALLAH!! Sedarlah diri kalian!! Adakah kalian ingin menunggu maut datang di hadapan anda baru nak bertaubat?? Sampai bilakah anda nak TUNGGU & TUNGGU, NANTI & NANTI, TANGGUH & TANGGUH untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah anda tahu bila anda akan MATI?? Adakah anda boleh jamin yg anda akan hidup sehingga ke akhir hari ini?? Kalian yang tidak solat, TUNAIKANLAH SOLAT. Kalian yang tidak menutup aurat, atau menutup sebahagian tetapi membuka sebahagian yang lain, atau yang memakai baju nampak pusat, seluar dalam, baju dalam (laknat Allah dan RasulNya ke atas mereka), BERTAUBATLAH!! TUTUPLAH AURATMU DENGAN SEMPURNA!! HENTIKANLAH SEGALA BENTUK MAKSIAT!! Hentikanlah mendengar muzik-muzik yang melalaikan!! Tunaikanlah zakat dan haji bagi yang berkemampuan. Tunaikanlah kewajipan kalian sebagai MUSLIM & PENDAKWAH...apa yang kalian dah buat?? Bagi PARA PEMERINTAH MUSLIM!! DI MANAKAH KEWAJIBAN ANDA UNTUK MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG ISLAM & KHILAFAH ISLAM?? Sampai bila anda nak TUNGGU?? DI MANAKAH AMAR MAKRUF & NAHI MUNGKAR?? Sampai hati kalian biarkan RAKYAT TERUS-MENERUS BERGELUMANG DGN DOSA & MAKSIAT!! Sampai hati kalian biarkan RAKYAT MENJADI AHLI NERAKA!! Apa yang kalian dah buat??!! Bagi para Muslimin...DI MANAKAH SOLAT BERJEMAAH ANDA DI MASJID-MASJID, SURAU-SURAU & RUMAH-RUMAH....Adakah kalian masih terus nak jadi MUSLIM yang TAK GUNA & MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI?? Bagi para suami, para bapa, para isteri, para ibu....DIDIKLAH ANAK-ANAK KALIAN!! Kalian diberi amanah untuk menjaga dan mendidik, BUKAN SEKADAR MEMBUAT & MENTERNAK anak-anak!! Jadikanlah mereka sebagai anak yang SOLEH & SOLEHAH. Pada masa yang sama, KALIAN JUGA WAJIB MENUNJUKKAN CONTOH pada mereka sebagai MUSLIM, bukan sekadar menghantar mereka ke sekolah agama. Amalkanlah ISLAM 100%, bermula dr rumah. Tolong, tolong & tolong sebarkan... Pendapat saya yg x alim sgt agama nih --> dr berita yg kita dgr, baca, tonton.... Sudut bumi (terutama d tmpt kejadian, sumatera)... Telah 'lari' sebanyak 20-40 meter... Ke arah selatan... Tidakkah kita sedar... Itu merupakan petunjuk.... Yg arah kiblat akan berubah... Dah akhirnya kita smbyg 'terbalik arah ' dari sekarang... Matahari akan terbit dari arah yg lain... So, ni bukan tanda2 besar kiamat di akhir zaman? Sempatkah kita bertaubat? Diterimakah allah taubat 'last minute' kita yg amat jahil ni? sekadar peringatan manusia akhir zaman yg masih menyedut udara ALLAH!
Sumber : Forum; www.perkim.net.my

Saturday, October 3, 2009

HI, BOLEH SAYA KENAL?

MARI RENUNGKAN. MOGA-MOGA MENJADI TELADAN KEPADA DIRI INI DAN SEMUA.


Bermula dari SMS yang berbunyi begini *****Hi boleh saya kenal*****



1. A’kum .Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk.Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite leh brkenalan. ..ukhuwah fillah org kate. .sy x terer sgt arab ni…


2. Trima kasih krn mnerima sy.


Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat.Sy tau sy bukan baik sgt,tp demi Allah , sy cuba wat yg trbaik utk awk…


3. Ingat tau, jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk. . kuar ngan kwn2 tau..jgn sorg2 . .blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..


4. Wak, nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2 . . ye..mmg sy xde hak pun. .sy tau sy percaye awk, tp sy x tau la nk kate cmne.Kite slalu nmpk dari jauh jek..tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot, Wak. .awk cinta sy x? xnk bgtau .. tp sy tau awk cinta sy. .awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan? . . kih3. .tq..i love u too..


5. Wak, selain family, Allah dan rasul Nyer. .awk sayang sape ek? Sapa saya dlm hati awk?
6. Wak wak. .dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm room8 sy ni.
Pggl ayang .. bole ke? Awk pggl sy biek? Rasa mcm baby sket. X salah kan. .just panggilan je. . thanks ayang ..love u. ....


7. Yang.kekdang bi tgk ayang ni mcm x prcaya bi je.Yela, bi justtanya ayang pkai apa je kan ..tq ek gtau, mkin dalam pulak rindu kat ayang ni. ...hihihi..


8.Yang bi nak ayang tau, ayang lah segalanya utk bi,ayang la pmberi semangat utk bi...yang. . . ..bi harap bi ngan ayang xde rahsia lagi ek..jgn risau . . inikan membuktikan bi caring..so jgn risau . . k. . yeye.. .


bi janji kan jaga rahsia kite. . just msg je kan. . love u..
9. Ayang ..da lama kite msg,leh kite jumpe x? ye. . ayang bwk la kawan 2 k..tq ayang .....
10. Tq pggl bi ngan pgglan abg..abg tggu lame da. .abg tau.. . kite x leh pakse dlm hubungan. .la iqra hafid din. . hehe
sikit sikit je. . kih3. .


11. Hi ayang , watpe 2? Nk ckp sket. .nape ayang bwk satu battalion nak jumpa abg? ...ayang x caye kat abg eh.. huhu. .


12. Ayang . . kite jumpe k? . .abg suka ayang pakai tudung yg abg beli tu. .cam wardina lak. .bkn ayang x cntk. .just nmpk mkn cntk la. . nipis sikit je..nnt jumpa nnt ayang bwk sorg dah la k..


13. Ayang . .abg sory ngan apa jd td..abg trsentuh jari ayang td.. Tol gak ckp ayang eh, trsentuh xpe. . ter. .hehe. . makin tebal la pulak cinta abg kat ayang ..
14. Tq jumpa td, ayang cntk la..Ololo . .abg romantik sket pun salah ke?Ske abg romantik ek? Hehe. .Eh, td jumpa abg da berani tenung abg ek. . hoho. .tgk td kwn ayang cam ske kat kwn abg je..senang la kita jumpa pasni ..tgk. . Allah memberkati hubungan kite. .ayang solat dah ke? Doakan abg skali ek. . miss u..


15. Ayang . . just nk tanya ..ayang cinta bg berap a percent? Apa tanda nya eh?50% je. . . huhu. . yang. .

just nk tanya . . rambut ayang panjang x?just thinking of u at the moment…


16. Td terbeli tudung pendek..yg abg bg kat ayang tu.. Ayang ..bg la gmbra yang special untuk abg yg pakai tudung td 2..Cntk nye ayang . . gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..


17. Yang. . ayang cinta kan abg berapa percent?Sepenuh hati? ?? Thanks ayang . . love u too..


18. Ayang ..da lame kita couple kan..xkan abg pegang tgn pun nak marah .. ayang kan milik abg. .Thank 4 being under standing. .
19. Ayang kata ayang cinta kan abg sepenuh hati. .kalu gitu. .apa buktinya ayang cinta kan abg. .?

SELEPAS ITU BARU BERMULA MAKSIAT SEBENAR......

PEGANG TANGAN- > TERABE- > TERLANJUR- > DAN TER...TER...LA

semuanya TER...je kan??
TER...ke???

RENUNGKAN....TEPUK DADA DAN TANYA IMAN


Sumber : www.kopihitamlegam.blogspot.com

Solat dan Kita



Apabila solat itu sendiri tidak dapat menjadi pencegah maksiat kepada diri kita, maka benarlah Roh solat itu sendiri tidak dapat meresapi diri manusia yang mendirikan solat itu. Seseorang muslim yang mengerjakan solat kebiasaannya menempuh tahap-tahap berikut :


1. Tahap ilmu:

Seorang muslim setelah mengetahui kewajipan solat, kemudian mempelajarinya dengan telilti melalui ilmu Fiqh iaitu syarat wajibnya, sahnya, rukun-rukunnya, sunat-sunatnya, perkara-perkara yang membatalkannya dan sebagainya. Tetapi ilmu mengenainya tidak memadai sekiranya tidak disertai keyakinan dan amal.

Ertinya ilmu hendaklah diselaraskan dan diselarikan dengan hati, akal dan perbuatan kita dengan apa yang dikehendaki oleh Allah. Apabila Allah memerintahkan kita mendirikan solat dan memberitahu kita bahawa kejayaan itu terletak pada solat, maka akal kita tidak boleh ragu dan was-was. Akal mesti mengakuinya. Tetapi bila akal sudah yakin, itu belum cukup. Kita mesti pergi ke tahap yang kedua.

2. Tahap kedua: Menundukkan hati

Sekiranya akal kita sudah tahu secara keseluruhan tentang kepentingan solat tapi hati kita masih berat untuk mengerjakannya seolah-olah menganggap solat itu tidak penting. Sebab itu tahap kedua ini dinamakan tahap mujahadah. Iaitu bermujahadah supaya apa yang diselaraskan oleh akal dan ilmu itu juga diakui oleh hati.
Kalau hati sudah tunduk, tandanya apa yang kita buat terasa lazat. Kalau tidak rasa lazat, kalau rasa menderita sahaja, terasa berat untuk mengadap Allah, maka hendaklah bermujahadah bersungguh-sungguh sehinggalah sampai ke peringkat ketiga.

3. Tahap ketiga: Menjadi tabiat dan istiqamah

Jika iman diibaratkan akar tunjang bagi pokok, solat pula ialah batangnya. Kalau hendak mendirikan sebuah rumah, perlu ada tapak dan tiang-tiang serinya. Rumah tidak akan dapat dibangunkan kalau tidak ada tiang serinya. Begitulah Islam, tidak akan dapat dibangunkan jika solat tidak didirikan. Sebab itu dikatakan, solat adalah tiang agama.
Sesiapa yang mendirikan solat, maka dia telah mendirikan agama. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama. Jadi, sekiranya kita memperumpamakan Islam itu sebagai rumah, maka Islam yang global itu umpama rumah yang serba lengkap. Mempunyai atap,tiang, dinding dan ada segalanya, maka tiang kepada Islam itu adalah solat.

Sekiranya kita hendak membina Islam yang syumul, solat merupakan perkara pertama yang harus kita perkemaskan. Segala kerja kita dalam apa-apa bidang sekalipun sekiranya solat tidak kemas dan dicuaikan, maka kerja-kerja kita itu tidak membuahkan hasil yang baik. Kita sibuk dengan kerja, peranan dan khidmat sedangkan waktu itu kita semakin cuai dengan solat. Ertinya kita tertipu dalam hidup.

Solat merupakan amalan yang mula-mula dihisab di akhirat:

Solat merupakan perkara pertama yang dihisab di akhirat. Jika solat baik dan sempurna, maka mudahlah pemeriksaan pada amalan-amalan selepasnya. Jika ia baik, baiklah amalan-amalan yang lain. Sebaliknya, jika solat tersangkut, maka tersangkutlah amalan-amalan yang lain.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
"Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat . Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi "
(Riwayat At Tirmizi, An Nasaei dan Ibnu Majah ).


Mengandungi ikrar setiap hamba:

Di dalam solat ada ikrar yang dilakukan oleh setiap yang mengerjakannya kepada Allah SWT. Solat yang pertama adalah ikrar yang mula-mula sekali dibuat oleh hamba kepada Tuhannya. Solat yang kedua, ketiga dan seterusnya merupakan ikrar pembaharuan sahaja. Inilah kehebatan solat. Kerana sehari semalam ada 5 kali ikrar yang dibuat sebagai taat setia kepada Tuhan.

Ikrar itu jelas di dalam DOA IFTITAH iaitu ketika mengucapkan :
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah Tuhan sekalian alam"

Menggambarkan amalan-amalan para malaikat:

Jumlah malaikat yang terlalu banyak itu beribadah kepada Allah dengan cara mereka yang tersendiri. Ada yang asyik sujud, ada pula yang asyik rukuk dan lain-lain. Para malaikat ini kekal dengan satu-satu amalan itu dengan istiqamah. Yang takbir, takbir sahaja. Begitulah yang bertasbih, asyik bertasbih sahaja. Tetapi dalam solat, manusia telah melakukan berbagai-bagai amalan para malaikat. Di sinilah kehebatan manusia berbanding dengan malaikat. Amalan manusia walaupun tidak sebanyak para malaikat tetapi kepelbagaiannya mengatasi amalan malaikat.


Bermacam-macam bentuk ibadah:

Dilihat dari bacaannya sahaja, bacaan solat terdiri daripada pelbagai bentuk yang mengandungi zikir, selawat, ayat Quran, hadis dan lain-lain. Bacaan Fatihah, adalah ayat Quran. Bacaan tahayyat diambil daripada hadis. Dalam solat juga ada tasbih, tahmid dan doa.


Melibat seluruh anggota lahir dan batin:

Solat melibatkan banyak anggota lahir dan batin manusia. Rukun Qalbi, Qauli dan Fi'li telah melibatkan hati, akal dan anggota badan manusia. Rukun Qauli misalnya, melibatkan lidah dan akal. Lidah menyebutnya, akal memahaminya.
Semoga kita dapat menyempurnakan solat kita. Ia bukannya untuk orang lain. Kebaikkannya kembali kepada kita, sama ada di dunia dan di akhirat.
Yang paling penting ialaih solat menjadikan kita rapat dengan Allah. Itulah yang Allah sebut didalam Al-Quran:
"Dirikanlah solat untuk mengingatiKu"

*Mujahadah = perjuangan melawan hawa nafsu, semangat
*Istiqamah = Taat melakukan sesuatu secara berterusan


Sumber: aman.via.my

Thursday, October 1, 2009

.............

Aku wanita punya hati yang seringkali merasa, punya akal yang sering kali berfikir tentang kekuasaan ALLAH, tentang kewujudan malam dan siang juga tentang kehidupan dan kematian yang akan bertandang buat setiap insan.


Aku alunkan dengan penuh syahdu…
“subhanallah walhamdulillah walailahaillallah allahuakbar”

Tiba-tiba air jernih menitis laju tanpa aku sedari, buat kali pertama aku merasakan hatiku sungguh pilu dan sebak


Tiada tempat hendak meminta, merayu melainkan kepadaNya lantas seperti adanya belaian lembut yang menenangkan diriku, kewujudannya amat terasa, ya ALLAH nurMu aku dambakan agar terus mekar di hati ini.


Hebatnya kuasa ALLAH mengalahkan kehebatan cinta manusia, dulu aku sering leka dengan mainan duniawi, sekarang dengan adanya Engkau disisi, aku menjadi semakin berhati-hati.

Dulu aku berteman dengan manusia dan melupakanMu seketika, namun apa yang aku dapat dengan berbuat begitu? Hanya dosa.. dosa mencariku, aku merelakannya datang.

Dulu gossip hangat menjadi bualan, kekurangan manusia menjadi bahan permainan, kesilapan manusia menjadi ukuran.


Semakin aku mengerti akan kehidupan ini, semakin banyak rintangan yang datang silih berganti.Andai aku turuti kata hati sudah lama aku hanyut dalam arus hidup ini.
DenganMu aku semakin kuat mengharunginya, denganMu aku semakin tabah dan redha menerima segalanya, denganMu juga aku semakin matang dalam menilai kamus hidup manusia

Ya ALLAH hambamu ini memerlukanMu sentiasalah mendampingiku agar aku tidak lalai dan taksub dengan mainan duniawi.
Ku bersujud pada-Mu Dan pasrahkan diri dike-maha-anMu Ku berlindung selalu pada dosa-dosa Dan setiap salahku Kau jagalah lindungilah cintailah aku
Setiap detik yang berlalu Menghitung diriku Bertanya padaku Akankah sia-sia bila akhir waktu Datang memanggilku Kau jagalah lindungilah selamatkan aku

Kau jagalah lindungilah selamatkan aku
Jagalah diriku jagalah diriku Lindungi lindungi lindungilah aku ini Jagalah cintai lindungi selamatkan aku

Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran


Kad Raya Elektronik yang dikirim oleh lecturer- lecturer School of Pharmacy, Management and Science Universty (MSU). Thank You.
SALAM LEBARAN, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, September 13, 2009

Buat Orang Muda

Punya cerita duka,
Punya cerita luka,
Itulah namanya arca manusia
Punya hati suka,
namun sakit saat terluka,
Itulah namanya jiwa manusia
Mengukir saat bahagia,
menancap waktu sengsara,
Itulah takdir cinta yang Esa
Takdir itu mana mungkin menzalimi
Tetapi itu TARBIYYAH ILLAHI
Suka duka,sengsara bahagia,
Nikmat Tuhan buat sang hamba,
Cuma manusia harus celik menilainya
Buat orang muda,
acara kamu masih menunggu pencaknya,
walau terkadang salah bicara,
Namun dia tetap cinta,
Walau terkadang sasar gayanya,
Dia tetap menunggu dirimu berbicara,
Bicara cinta hanya antara kamu dan Dia,
Bicara cinta yang agung yang pasti tiada tara-Nya
Berbahagialah orang muda,
Yang pasti tahu datang dan perginya,
Hanya disisi Tuhan yang Esa


Nahwan Nur
Universiti Islam Antarabangsa

Sumber: Majalah Solusi, Isu no.11

Sunday, August 30, 2009

Sahabat


Kerana Sahabat, aku mampu terus teguh berdiri
Dan kerana Sahabat, aku merasa berharga
Kerana Sahabat pula aku mampu melewati dan menempuhi terjangan ombak
Dan kerana Sahabatlah aku tetap ada di sini...
Untuk Mereka



Salam Cinta Untuk Sahabat

Saturday, August 22, 2009

All The Best!!


Kadang-kala, di dalam perjalanan hidup yang berliku untuk mengejar cita-cita, ada sahaja halangan dan dugaan yang mendatang. Diri mula terasa lemah, jiwa mula terasa gelisah, hati tidak tenang, fikiran menjadi tidak tentu arah. Namun, itu semua harus dilalui, kerana matlamat akhir, iaitu kejayaan yang ingin dimiliki.



Diri ditarbiah, dimotivasikan untuk mendapatkan kembali semangat baru untuk bergerak maju ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Kegagalan silam dijadikan kunci kejayaan yang mendatang. Tetapi, mampukah semangat ini terus dinyalakan di dalam diri? Agar tidak padam seperti dahulu tatkala diri ditimpa dugaan sekali lagi.



Ingatlah, jangan sesekali berputus asa. Jangan sesekali mensabotaj diri sendiri dengan mengatakan bahawa diri tidak mampu mengharungi dugaan-dugaan itu. Ingatlah, Allah S.W.T. tidak menurunkan sesuatu dugaan itu kepada hamba-hambanya jika hamba-hambanya tidak mampu menghadapinya. Antara salah satu kaedah atau tindakan yang boleh diambil untuk terus menyemarakkan api perjuangan di dalam diri adalah, dengan menjadi seorang insan yang istiqamah



Latih diri dalam menjadi seorang yang insan yang istiqamah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Kenali diri, sayangi diri, dan letakkan matlamat jangka panjang. Antara cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk menjadikan diri seorang insan yang istiqamah dan secara tidak langsung, lebih berjaya dan disayangi yang Maha Esa adalah:




  • Menjaga hubungan dengan Allah S.W.T . Jagalah ibadat-ibadat wajib dan seelok-eloknya, perbanyakkanlah ibadat-ibadat sunat.



  • Masukkan matlamat di dalam doa. Mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.



  • Mulakanlah pekerjaan dengan berdoa.Bagi yang masih belajar, mulakan belajar dengan berdoa dan seelok-eloknya, duduk menghadap ke arah kiblat.



  • Berterusan dalam mencari ilmu. Hal ini kerana, ianya dapat memberi semangat kepada diri untuk terus berusaha.



  • Amalkanlah perkara-perkara yang dapat menarik hidayah Allah S.W.T.Contohnya, solat berjemaah, membaca Al-Quran dan saling memaafkan serta kasih-mengasihi sesama manusia.



  • Kenali diri. Ubah sikap-sikap yang negatif kepada positif.



  • Menolong insan lain untuk berjaya. InsyaAllah, Allah akan pula menolong kita untuk berjaya. Allah akan menolong hamba-hambanya selagi mana hamba-hambanya menolong antara satu sama lain.



  • Iklankan matlamat.Tampal atau tulis matlamat tersebut dipapan kenyataan tempat belajar kita, agar dapat dibaca selalu, seterusnya dapat mengingatkan diri dan memberi semangat untuk kita terus berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.Allah sayang akan hamba-hambanya yang istiqamah di dalam pekerjaan. Janganlah berputus asa dengan rahmat Allah.


Berusaha sebaik mungkin dan kemudian bertawakallah kepada-Nya. Istiqamah dalam pekerjaan dan berjuanglah selagi masih ada peluang yang diberikan. Kuatkan semangat. Apa yang penting adalah usaha dan tawakal, insyaAllah kejayaan yang dicari-cari selama ini mampu dimiliki.




Sumber : iluvislam.com

Sabar Itu Indah



Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah nokhtah segala tadbir
Hitungkanlah laut kesyukuran
Dipinggir pantai bebatuan
Semailah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar
Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus dari Allah
Ujian itu penebus dosa
Meningkatkan darjat menambahkan pahala
Bingkisan kasih dari yang Esa
Bagai ombak...
penghias samudera!

Mahmudah( sifat terpuji) vs Mazmumah (sifat keji)

MAHMUDAH

Taubat

Satu sifat mulia iaitu mahu kembali daripada sikap keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu. Firman Allah S.W.T yang bererti, ''Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya dia maha Pengampun lagi maha Pengasih,''
( Surah ai-Muzammil 73: 20)
Syarat-syarat Taubat
  • Meningalkan perkara-perkara dosa tersebut
  • Menyesal atas dosa-dosa yang telah dilakukan
  • Berjanji tidak akan melakukannya lagi
  • Mengembalikan hak-hak makhluk yang dizalimi
  • mengerjakan perkara-perkara fardu yang telah luput

Beberapa faedah dan hikmah taubat:

  • Dekat diri kepada Allah.
  • Takwanya semakin meningkat.
  • Mendapat kemuliaan dan anugerah Allah di dalam kehidupan dunia dan akhirat.
  • Membersihkan kekotoran di dalam hati.
  • Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa.
  • Menghapuskan tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan melakukan perkara dosa.
  • Dapat mengekalkan hubungan yang baik sesama manusia.

MAZMUMAH

Pemarah

PENYAKIT yang paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti itu jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang (siapa hendak dekat kalau asyik nak marah sahaja)

Ia bererti marah yang bukan menyeru ke arah kebaikan atau menegah daripada kemungkaran. Sifat pemarah yang terpuji adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran seperti marah apabila Islam dihina.

Manakala sifat pemarah yang tercela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak didasari sebarang sebab yang benar.

Orang yang bersifat marah yang tercela ini perlu bertaubat dan bermujahadah untuk meninggalkannya. LATIHLAH DIRI supaya tidak marah orang sebaliknya banyak memuji orang lain.

Sumber: Majalah Solusi Isu No 10

Saturday, August 15, 2009

Kisah Luqman Al-Hakim Dengan Telatah Manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."


Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."


Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."


Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."


Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."


Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."


Pengajaran: Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."
Sumber: 1001 kisah teladan

Friday, August 14, 2009

Bagaimana Syaitan Menghasut Manusia 4

Iklan syaitan menghasut manusia (Panas Baran)

Sikap panas baran menyebabkan manusia marah dan hilang pertimbangan. Dan akhirnya membawa kepada kesudahan yang tidak baik.

Bagaimana Syaitan Menghasut Manusia 3

Iklan syaitan menghasut manusia ( Makanan Syaitan)

Ingat! Ingat! Selama mana kita lupa kepada Allah, selama itulah syaitan tidak akan pernah melupakan manusia.

Bagaimana Syaitan Menghasut Manusia 2

Iklan syaitan menghasut manusia (Aurat)

Ingat! Ingat! Labuhkan tudung sehingga menutup dadamu, longgarkanlah pakaianmu dan tutupkanlah kakimu..

Syaitan tidak akan pernah putus asa dalam menyesatkan manusia, sehinggalah manusia itu berjaya masuk perangkapnya.

Bagaimana Syaitan Menghasut Manusia 1

Iklan syaitan menghasut manusia (Bangun subuh)

Ingat! Ingat! SOLAT ITU LEBIH BAIK DARI TIDUR.

Thursday, August 13, 2009

Air Mata Rasulullah S.A.W

Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur."
:: Ali 'Imran : 144 ::



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang sakit," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.


Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru kali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.


Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.


"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.


"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.


Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dada nya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.


Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita


Makam Rasulullah S.A.W

Wednesday, August 12, 2009

Cerita Kelakar


Cerita ini adalah hasil dari karangan terbaik yang dikarang oleh budak darjah 4. Aduh, hampir nak menangis dibuatnya kerana terlalu banyak ketawa...Tapi sesekali ketawa apa salahnya..Dapat menghilangkan stress, tension dan seangkatan dengannya... Apa yang boleh disimpulkan ialah: bdak-budak zaman sekarang memang mempunyai imeginasi yang sangat hebat..kadang-kadang lebih hebat dari orang dewasa..haha.


Ceritanya begini....



Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.



Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.



Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.



Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.



Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.



Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.



Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.



Mungkin tajuk cerita ini ialah.............Kemalangan yang paling ngeri yang pernah dia lihat..hehe hebat karangannya ;-).
Emmmm......kanak-kanak memang luar biasa... mereka lebih peka dan cepat belajar. Mereka berlajar melalui apa yang mereka lihat disekeliling mereka dan mentafsirkannya..Namun, mereka masih tidak dapat membezakan antara realiti atau bukan realiti...Mungkin cerita diatas adalah salah satu kesan dari apa yang mereka lihat di tv; seperti cerita Ultraman, Transformer dan lain-lain.Ternyata media seperti tv memberi pengaruh yang besar kepada perkembangan mental mereka.

Monday, August 10, 2009

Rasulullah S.A.W Bersifat Pemurah

Assalamu'alaika ya Rasulullah

Suatu hari, ada seorang Sahabat yang bernama Rabi'ah al-Aslami, hendak berkahwin sedangkan dia tidak memiliki apa pun untuk menyempurnakan penyelenggaraan majlis walimahnya.

Dia bertemu Rasulullah S.A.W dengan rasa sedih. Melihat itu Nabi S.A.W bertanya kepadanya,''Wahai Rabi'ah, apa yang membuatmu bersedih?''

Rabi'ah menceritakan hal dirinya. Maka Rasulullah S.A.W berkata, '' Pergilah kepada Aisyah dan katakan kepadanya keperluan kamu nanti dia akan memberi kepadamu satu keranjang yang berisi makanan.''

Rabi'ah pergi kepada Aisyah r.ha dan menyampaikan kepadanya pesanan Rasulullah S.A.W. Mendengar pesanan itu, Aisyah berkata, ''Keranjang ini berisi sembilan sha' gandum. Demi Allah kami tidak memiliki makanan apa pun selain ini. Ambillah,''

Maka Rabi'ah pun mengambilnya untuk menjayakan majlis walimahnya itu. (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Sumber: Majalah SOLUSI ISU# 10

Saturday, August 8, 2009

Cinta Oh Cinta



Cinta oh Cinta.....
Mana datangnya perkataan CINTA? Apa itu CINTA? Apa ada pada CINTA? Mengapa harus berCINTA? Perlu ke berCINTA? Kalau tak ada CINTA tak boleh ke? Apa rasa yang boleh dikatakan ianya CINTA???......HeHe.....CINTA...CINTA...CINTA....sungguh misteri.
Namun setiap orang pasti mempunyai tafsiran yang tersendiri tentang CINTA.



Cinta terdapat dalam berbagai-bagai bentuk. Ada cinta suci, cinta berahi, cinta suami isteri, cinta orang tua, cinta ibu, cinta ayah, cinta kepada Allah s.w.t dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. Namun cinta yang paling Agung adalah Cinta Allah S.W.T dan Cinta Rasulullah S.A.W.


Semua perasaan ini adalah yang lahir dari dasar fitrah yang Allah S.W.T ciptakan dalam lubuk hati yang sangat dalam, yang merupakan kecenderungan kepada jenis lain apabila mencapai tahap kematangan akal dan fizikal. Pada dasarnya, kecenderungan serta segala rentetan kesan daripada cinta bukanlah suatu yang kotor dan keji. Kotor dan bersihnya sesebuah cinta hanya bergantung kepada hati sebagai tempat lahirnya kecenderungan itu sendiri. Di sana ada hati yang bersih dan halal, dan ada hati yang kotor dan haram. Dan ini semua dapat dicorak sendiri oleh individu-individu sama ada mereka mencoraknya dengan yang bersih dan halal ataupun yang kotor dan haram.


Diri juga bingung dan masih tercari-cari apa itu yang dimaksudkan dengan cinta sebenar dan bagaimana hendak mentafsirkan cinta itu..... ;-)


Adakah tapak tangan kita berpeluh, tak pun mengeletar, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat sehingga tiada satu perkataan pun yang mampu keluar dari mulut???
Itu bukan CINTA, tapi itu SUKA.


Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya???
Itu bukan CINTA, tapi itu NAFSU.


Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu dia ada disana???
Itu bukan CINTA, tapi itu KESEPIAN.


Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan oleh semua orang???
Itu bukan CINTA, tapi itu KESETIAAN.


Adakah kita tetap mengatakan kita tetap mencintainya kerana tidak ingin melukai hatinya???
Itu bukan CINTA, tapi itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuatkan hati kita melompat ataupun ketampanan/ kecantikannya paras rupanya???
Itu bukan CINTA, tapi itu TERGILA-GILA.


Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya???
Itu bukan CINTA, tapi itu PERSAHABATAN.


Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan???
Itu bukan CINTA, tapi itu DUSTA.


Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya???
Itu bukan CINTA, tapi itu KEMURAHAN HATI.

TETAPI........


Adakah kita bertahan kerana campuran sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami....menarik kita mendekati dan tetap bersamanya???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Adakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dari dirinya dan siapa dirinya???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Adakah kita tertarik pada orang lain tetapi setia dengannya tanpa penyesalan???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Adakah hati kita akan gembira ketika dia bahagia???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Perasaan cinta begitu, indah untuk dinikmati tetapi menyimpan seribu misteri. Ia juga menyimpan banyak tanda tanya. Dalam mendambakan cinta yang tulusmulus, kita memang perlu banyakbergantung kepada Allah S.W.T, sebab hanya Allah S.W.T yang mengetahui seluruh isi hati. Kita hanya dapat menduga berdasarkan perspektif yang dangkal itu. Kadang-kadang kita benar, tetapi selalunya kita tersilap. Firasat kita dibauri nafsu dan ini selalunya menyebabkan pandangan kita menjadi kelabu.


Jadi pilihan di tangan individu tersendiri. Cinta yang mana dimahukan? Cinta dari perasaan nafsu sendiri atau cinta yang direstui oleh Allah S.W.T dan kedua ibubapa.
Fikir-fikirkanlah bersama, pilihlah jalan cinta yang suci lagi menyucikan. Cinta itu suci, janganlah kotorinya dengan hati dan sifat kemaksiatan yang mengubah sifat kesuciannya. Bercintalah hanya semata-mata kerana mencari keradhaan Allah s.w.t bukan kerana kemurkaanNya.