Saturday, August 8, 2009

Cinta Oh Cinta



Cinta oh Cinta.....
Mana datangnya perkataan CINTA? Apa itu CINTA? Apa ada pada CINTA? Mengapa harus berCINTA? Perlu ke berCINTA? Kalau tak ada CINTA tak boleh ke? Apa rasa yang boleh dikatakan ianya CINTA???......HeHe.....CINTA...CINTA...CINTA....sungguh misteri.
Namun setiap orang pasti mempunyai tafsiran yang tersendiri tentang CINTA.



Cinta terdapat dalam berbagai-bagai bentuk. Ada cinta suci, cinta berahi, cinta suami isteri, cinta orang tua, cinta ibu, cinta ayah, cinta kepada Allah s.w.t dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. Namun cinta yang paling Agung adalah Cinta Allah S.W.T dan Cinta Rasulullah S.A.W.


Semua perasaan ini adalah yang lahir dari dasar fitrah yang Allah S.W.T ciptakan dalam lubuk hati yang sangat dalam, yang merupakan kecenderungan kepada jenis lain apabila mencapai tahap kematangan akal dan fizikal. Pada dasarnya, kecenderungan serta segala rentetan kesan daripada cinta bukanlah suatu yang kotor dan keji. Kotor dan bersihnya sesebuah cinta hanya bergantung kepada hati sebagai tempat lahirnya kecenderungan itu sendiri. Di sana ada hati yang bersih dan halal, dan ada hati yang kotor dan haram. Dan ini semua dapat dicorak sendiri oleh individu-individu sama ada mereka mencoraknya dengan yang bersih dan halal ataupun yang kotor dan haram.


Diri juga bingung dan masih tercari-cari apa itu yang dimaksudkan dengan cinta sebenar dan bagaimana hendak mentafsirkan cinta itu..... ;-)


Adakah tapak tangan kita berpeluh, tak pun mengeletar, hati kita berdebar kencang dan suara kita tersekat sehingga tiada satu perkataan pun yang mampu keluar dari mulut???
Itu bukan CINTA, tapi itu SUKA.


Adakah kita tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya???
Itu bukan CINTA, tapi itu NAFSU.


Adakah kita menginginkannya kerana kita tahu dia ada disana???
Itu bukan CINTA, tapi itu KESEPIAN.


Adakah kita mencintainya kerana itulah yang diinginkan oleh semua orang???
Itu bukan CINTA, tapi itu KESETIAAN.


Adakah kita tetap mengatakan kita tetap mencintainya kerana tidak ingin melukai hatinya???
Itu bukan CINTA, tapi itu BELAS KASIHAN.

Adakah kita menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuatkan hati kita melompat ataupun ketampanan/ kecantikannya paras rupanya???
Itu bukan CINTA, tapi itu TERGILA-GILA.


Adakah kita memaafkan kesalahannya kerana kita mengambil berat tentangnya???
Itu bukan CINTA, tapi itu PERSAHABATAN.


Adakah kita mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kita fikirkan???
Itu bukan CINTA, tapi itu DUSTA.


Adakah kita rela memberikan semua perkara yang kita senangi untuk kepentingan dirinya???
Itu bukan CINTA, tapi itu KEMURAHAN HATI.

TETAPI........


Adakah kita bertahan kerana campuran sakit dan gembira yang membutakan dan tak terfahami....menarik kita mendekati dan tetap bersamanya???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Adakah kita menerima kesalahannya kerana itu sebahagian dari dirinya dan siapa dirinya???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Adakah kita tertarik pada orang lain tetapi setia dengannya tanpa penyesalan???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Adakah kita menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Adakah hati kita sakit dan hancur ketika dia bersedih???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Adakah hati kita akan gembira ketika dia bahagia???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Adakah matanya melihat hati kita dan menyentuh jiwa kita begitu mendalam sehingga menusuk???
Jika demikian, Itulah CINTA.


Perasaan cinta begitu, indah untuk dinikmati tetapi menyimpan seribu misteri. Ia juga menyimpan banyak tanda tanya. Dalam mendambakan cinta yang tulusmulus, kita memang perlu banyakbergantung kepada Allah S.W.T, sebab hanya Allah S.W.T yang mengetahui seluruh isi hati. Kita hanya dapat menduga berdasarkan perspektif yang dangkal itu. Kadang-kadang kita benar, tetapi selalunya kita tersilap. Firasat kita dibauri nafsu dan ini selalunya menyebabkan pandangan kita menjadi kelabu.


Jadi pilihan di tangan individu tersendiri. Cinta yang mana dimahukan? Cinta dari perasaan nafsu sendiri atau cinta yang direstui oleh Allah S.W.T dan kedua ibubapa.
Fikir-fikirkanlah bersama, pilihlah jalan cinta yang suci lagi menyucikan. Cinta itu suci, janganlah kotorinya dengan hati dan sifat kemaksiatan yang mengubah sifat kesuciannya. Bercintalah hanya semata-mata kerana mencari keradhaan Allah s.w.t bukan kerana kemurkaanNya.

No comments:

Post a Comment