Sifat Kegagalan
KETIDAKYAKINAN KEPADA DIRI SENDIRI
- Tidak yakin akan dirinya dan kemampuan untuk melaksanakan usaha atau kerja yang dihadapinya
SIKAP MELENGAH-LENGAHKAN KERJA
- Melengahkan keputusan penting, tidak mahu mengambil risiko dan mengharapkan masalah selesai dengan sendirinya akan memburukkan keadaan.
SIFAT BERPURA-PURA
- Sikap egoistik dan memandang status. Sentiasa ingin disanjungi tetapi tidak mahu berfikir dan maju ke hadapan.
SIFAT MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
- Tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil berat tentang apa sekali pun.
- Berpuas hati dengan apa yang ada tanpa berusaha lagi.
HIDUP TANPA TUJUAN
- Tidak mempunyai cita-cita untuk menikmati kehidupan yang lebih bermakna.
Sifat Kejayaan
FIKIRAN/PENDIRIAN YANG TETAP
- Tetapkan matlamat untuk diri sendiri di dalam satu jangka masa yang ditentukan. Pastikan jangka masa itu matlamat tercapai.
PERANCANGAN/STRATEGI
- Kemahuan hendaklah dirancang terlebih dahulu. Menyusun strategi; mana yang penting didahulukan dan yang kemudian di kemudiankan.
SEMANGAT DAN AZAM
- Azam yang kuat dan semangat yang kental hendaklah dipupuk dengan sempurna untuk mencapai matlamat.
YAKIN DAN PERCAYA DIRI SENDIRI
- Kepercayaan dan yakin kepada diri sendiri dan kebolehan sendiri hendaklah diutamakan.
BERDOA DAN BERTAWAKAL KEPADA ALLAH
- Setelah berusaha, maka berdoalah dan bertawakallah kepada Allah. Dengan izinnya kejayaan boleh dicapai...InsyaAllah
"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"
No comments:
Post a Comment