Wednesday, August 5, 2009

Mentari Hidup

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan

Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan


Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran

Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan


Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali


Lagu : Khairuddin
Lirik : Khairuddin
Gubahan : Haikal
Muzik : Ali Hj Yassin


'Mentari Hidup' adalah sebuah lagu yang memang memberi kedamaian. Setelah dihayati dan dihayati ternyata ia juga memberi keinsafan kepada yang mendengar dan menghayatinya. Apa pun diri nak ucapkan terima kasih kepada ''budak comel''....kerana ''budak comel'' yang memperkenalkan lagu ini. Terima Kasih banyak-banyak.

No comments:

Post a Comment