Saturday, August 1, 2009

Sifat-Sifat Orang Munafik


Bismillaahirrahmaan nirrahiim....

Bisikan- bisikan ini sering terngiang-ngiang ditelinga dan berlegar-legar diruang fikiran. Hati pula tertanya-tanya, ''Adakah diri ini tergolong dalam sifat-sifat orang munafik???'', ''Apa ye tanda-tanda atau sifat-sifat orang munafik???''......Ya Allah, sungguh jahilnya diri ini, banyak perkara-perkara yang perlu dipelajari, bahkan juga perlu difahami dan dipraktikkan.
Surah Al-Munafiqun, surah Al-Mukminun dan surah Al-Kafirun; ketiga-tiga surah ini membongkarkan tentang sifat-sifat orang munafik,mukmin dan juga kafir. Jadi apabila baca ketiga-tiga surah ini hingga ke akhir ayat, cepat-cepatlah semak diri sama ada sifat-sifat yang terkandung dalam surah-surah ini ada tak dalam diri kita. Kalau tak de Alhamdulillah..........
TETAPI kalau ada apa ye yang perlu dilakukan??? Muhasabah diri atau kata lainnya bertafakur adalah sesuatu yang patut dilakukan. Fikirkan apa perlakuan yang telah dilakukan oleh diri dalam kehidupan seharian sama ada perlakuan diri terhadap Allah mahu pun perlakuan terhadap sesama manusia. Setelah itu bersegeralah bertaubat dan menukar tabiat sebelum pintu taubat tertutup rapat..

50 Sifat-Sifat Orang Munafik:

  1. Malas beribadah kepada Allah SWT
  2. Lupa kepada Allah SWT
  3. Melalaikan solat fardu
  4. Mempercepat mengerjakan solat
  5. Gemar meninggalkan solat berjemaah
  6. Meninggalkan solat Jumaat
  7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
  8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
  9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
  10. Riak
  11. Hasad dengki
  12. Dusta
  13. Mungkir janji
  14. Bakhil
  15. Fitnah
  16. Mencaci maki
  17. Mengumpat
  18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
  19. Mengingkari takdir Allah
  20. Mempersenda kesucian agama
  21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
  22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
  23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
  24. Menangguh pembayaran hutang
  25. Menipu dalam jual beli
  26. Ghasab
  27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
  28. Memakan harta anak yatim
  29. Membuka rahsia orang lain
  30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
  31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
  32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
  33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
  34. Bermuka-muka
  35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
  36. Sombong diantara sesama manusia
  37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
  38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
  39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
  40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
  41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
  42. Mengkhianati sesuatu amanah
  43. Memutuskan silaturrahim
  44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
  45. Menghalalkan perkara yang haram
  46. Membuat kerosakan dimuka bumi
  47. Menuduh orang beriman bodoh
  48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
  49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
  50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

Ini adalah sifat-sifat orang munafik. Setiap manusia tidak dapat lari daripada bersifat sama ada dengan sifat munafik, mukmin ataupun kafir. Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan satu hati kepada setiap insan. Hati yang satu inilah yang perlu dijaga daripada terlalai atau terleka. Namun, ada ketikanya diri akan terlalai dan perlu diperingatkan kembali. Apapun, diri perlu SENTIASA INGAT ALLAH SWT walaupun pada ketika itu diri sedang berdepan dengan apa pun.

Apa yang perlu diri lakukan untuk mendapat pengakhiran yang baik, perlulah membiasakan diri dengan kebaikan dari sekarang....LATIH...LATIH...LATIH...dan LATIH, biar semuanya menjadi baik. Sama ada ketika berkata-kata, bermuamalat, berumah tangga dan sebagainya, semuanya baik. JANGAN DITANGGUH- TANGGUH LAGI!!! Ajal itu ditangan tuhan, oleh itu diri perlu sentiasa bersedia dengan persediaan yang baik.

''Tunjukilah kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.''

(Surah Al-Fatihah ayat 6-7)





















No comments:

Post a Comment