Wednesday, December 21, 2011


I'M THE LUCKY ONE


Ku persembahkan satu cinta ku..
Setulus hati hanyalah untukmu
dan ku lakukan semampu aku tuk menyayangimu
hingga kau merasa jadi pujaan ku..

meski bercinta kadang tak indah
tapi tuk buktikan kau yang terindah
dan kupastikan..i'm the lucky one..
nikmati cinta lebih dari segalanya....

jiwaku ini yang tak tersentuh
kini terasa sejak bersamamu
berikan hangat hinggaku tak mampu berjauh darimu
kerna kau yang bisa buatku bahagia

meski bercinta kadang tak indah
tapi tuk buktikan kau yang terindah
dan ku pastikan i'm the lucky one
nikmati cinta lebih dari segalanya

caramu membuatku tak berdaya
hatiku pun ikut terjaga
kau ubah hidupku ini jadi sempurna

meski bercinta kadang tak indah
tapi tuk buktikan kau yang terindah
dan ku pastikan i'm the lucky one
nikmati cinta lebih dari segalanya

Wednesday, December 14, 2011

Manusia akan menemui satu titik...


Manusia akan menemui titik akhir keseronokan dalam kehidupan dan mula mencari kebahagiaan yang sebenar dalam kehidupan apabila Sang Pencipta memberi hidayah-Nya dalam mencari hakikat kebenaran.

Firman Allah S.W.T:

Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan,nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu.Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyeksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.- Surah Al-Baqarah (Ayat 284)



MUNGKIN INSAN YANG KITA LIHAT KINI BERGELUMANG DENGAN MAKSIAT, TETAPI KITA MASIH TIDAK TAHU PENGAKHIRAN HIDUPNYA. Tiada yang mustahil Allah memberi keampunan pada akhir hayatnya dan ini bukanlah sesuatu yang mustahil bagi Allah.

Peringatan: Berbaik sangka sesama manusia, sesungguhnya yang menentukan baiknya dan buruknya seseorang itu bergantung kepada niatnya...dan sesungguhnya Allah jualah yang akan membuat perhitungan dan berkuasa atas segala sesuatu.

Sunday, December 11, 2011

KUASA CINTA



Kata pujangga,cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi,namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus memberi kesan kepada tindakan...

Sungguh cinta dapat mengubah:
  • Pahit menjadi manis
  • Debu beralih emas
  • keruh menjadi bening
  • sakit menjadi sembuh
  • penjara menjadi telaga ( pelik sikit..hehe)
  • derita menjadi nikmat
  • dan kemarahan menjadi rahmat

Cinta mampu melembutkan besi,menghancurkan batu karang,membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin... INILAH DAHSYATNYA CINTA!!

Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan cinta yang lebih dalam,lebih murni dan lebih abadi..

Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta kepada sesama makhluk.

Justeru, cinta kepada sesama makhluk dicurahkan semata-mata kerena mencintai-Nya.

Asasnya adalah firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah ayat 165

''Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah, sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam( taat ) cintanya kepada Allah.''


CINTA....CINTA ADALAH SANTAPAN JIWA


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.
Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan,dua tangan untuk memegang dan dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati kepada kita??

Kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati kepada seseorang,tetapi kita perlu mencarinya.

ITULAH CINTA..

CINTA DATANG kepada orang yang masih MEMPUNYAI HARAPAN,WALAUPUN MEREKA telah dikecewakan. Kepada mereka yang MASIH PERCAYA,WALAUPUN MEREKA telah dikhianati.......Kepada mereka yang MASIH INGIN MENCINTAI,WALAUPUN MEREKA telah disakiti sebelumnya...Juga kepada nereka yang MEMPUNYAI KEBERANIAN DAN KEYAKINAN untuk MEMBANGUNKAN KEMBALI KEPERCAYAAN...







Friday, November 25, 2011

GO! GO! GO! GENTING...

Wednesday, November 23, 2011

Jalan Jalan Bukit Tinggi 19/11/2011-2

Selamat Datang Ke Bukit Tinggi, Pahang









Peace!!!

Sepasang Swan...cute swan niiii...


Jalan Jalan Bukit Tinggi 19/11/2011- 1


Keindahan Ciptaan Allah...Tenang dan mendamaikan


Perkampungan Jepun..ala- ala jepun...Sejuk, permandangan yang indah,suasana nyaman...memang best...macam berada di Jepun...

Comel riben dia...Sewa baju Kimono RM 20...mahal juga...haha

Cantik Baju Traditional Jepun, Kimono

Welcome to Japanese Village, Bukit Tinggi

Japanese Village



Sunday, October 30, 2011

Stress @ Tekanan

10 CARA BEBASKAN DIRI DARI TEKANAN

1. PILIH UNTUK GEMBIRA
Mulakan dengan belajar menguruskan diri, berinteraksi dengan baik dan pilih persekitaran
yang menyumbang kearah lebih positif.

2. SENTIASA BERSYUKUR

3. MENJADI PEMAAF
Dapat mengurangkan ingatan terhadap kepada perkara buruk yang mengundang kepada
perasaan marah.Berusaha untuk luakan peristiwa buruk dan elak mengungkitnya semula.

4. LAWAN PEMIKIRAN NEGATIF

5. TAMBAH SAHABAT

6. LEMPARKAN SENYUMAN DAN SALAM
Mulakan dengan menghadiahkan senyuman atau salam kepada orang lain walaupun tidak
dikenali. Bukan sahaja anda senang hati tetapi mereka juga berpendapat anda seorang yang
positif. Selain itu dapat mengeratkan silaturrahim.

7. BERBUAT BAIK
Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang dihulur, ia akan membuatkan si penerima akan
gembira.

8. GEMBIRA JAUHI PENYAKIT
Individu yang gembira lebih yakin dengan keupayaan diri dan mempercepatkan kadar
penyembuhan.

9. SERTAI AKTIVITI

10. BUKAN MENGENAI WANG
Walaupun wang boleh merangsang kegembiraan,HAKIKATNYA BUKAN SEMUA
KEGEMBIRAAN BOLEH DIBELI DENGAN WANG..

11. BERZIKIRLAHHH (paling mujarab)
Dengan mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang


Sumber : Mingguan Wanita BIL 1457

Friday, October 28, 2011

Tuesday, October 25, 2011

Sunday, October 16, 2011

Ketenangn, Kesetiaan, Kecintaan

''Jika kamu ingin Allah 'bercakap' denganmu bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat-ayat Allah yang ditujukan kepadamu. Tetapi jika kamu pula ingin bercakap dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah''

Ya Allah lindunglah aku dari waktu duniaku yang melalaikan, berikanlah aku kekuatan untuk waktu akhiratku... Ameen


Monday, October 10, 2011

Melaka Bandar Bersejarah

Replika Kapal Portugis...



Muzium Samudera di tengah Bandar Melaka... per kepala-RM3
Muzium Islam Melaka.. per kepala-RM2..murah je tapi macam2 ada

Macam ada kat luar negara pulak...



Sunday, October 9, 2011

Melaka Bandar Bersejarah 2













Bangunan paling bersejarah di Melaka...A Famosa
Nak masuk per kepala-FREE hehehe





Zoo Melaka

Suruh senyum katanya tak pe..yang penting burung kuning tu....hehehe

Salah satu pertunjukan haiwan di Zoo Melaka...Pandai burung tu, boleh mengira...

Binatang yang paling wani sukai....Gagahnya dia....bila lah agaknya dapat pegang dia...uuhhmm

Comelnya monyet niii...rasa nak peluk, picit2 dia...geram tengok dia
Terujanya pak Atan ni....maklumlaaa tak sabar nak jumpa member2 lama... rindu rasanya..hehehe

Hai Kawan2...selamat datang ketempat kami...hahaha

Kesian kepenatan....Besar betul Zoo Melaka....Zoo Negara pun tak sebesar Zoo Melaka..

CoMeLnYa binatang ni.....
Zoo Melaka- Per Kepala RM 7..Berbaloi..








Menara Taming Sari Melaka

HERO PUJAAN HATIKU.....

Inilah sebahagian permandangan Bandar Melaka dari Menara Taming Sari pada waktu malam

Muka2 selamber je budak2 ni...ke cover macho....
Mahal juga naik menara ni....Per kepala RM10..berbaloi juga la...boleh tgk seluruh Bandar Melaka...memang cantik

Dalam Menara Taming Sari...Berdebar-debarnya nak tunggu menara ni naik....Gayat pun ada gak..hehe

Di tengah2 bandar Melaka...Bandar Melaka memang hidup tiap2 malam....belakang kami hujan...bukan hujan air hujan,tapi hujan tahi burung...betul...tak tipu..

Syoknya naik beca...hahaha..first time..hehe..semua beca kat sini menarik,sampai tak tahu mana satu nak naik...eh kena pilih la pulak...