'Sesungguhnya jika kamu bersyukur,pasti kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu,dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku,maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih. ( Surah Ibrahim; 7)
Kebiasaannya,apabila dikurniakan nikmat,rezeki,kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang harus dilakukan?? BERSYUKUR...
Tapi bagaimana pula sekiranya di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur?
Beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak
kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan
sabar dengan ujian yang diturunkan.
Fiman Allah SWT:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika
peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang
yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." (Surah Al-Baqarah,
177)
Fikirkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang
diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada
kekurangan kerana manusia memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri
dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan
mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.
Ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain.
Ingatlah langit tidak selalu cerah.
Janganlah menghina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari
kita memerlukan sesuatu daripada orang yang
pernah dihina dulu.
Jadikanlah kekurangan yang dimiliki itu sebagai sumber kekuatan,
simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah
dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu
berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang
kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang
sabar." (Surah Al Anfaal, 46)
iluvislam.com
No comments:
Post a Comment