Friday, July 31, 2009

Waktu (Time)



Kita sering terbaca atau terdengar ungkapan ini, ''Waktu itu emas''. Tak kira la dari zaman sekolah rendah ke, menengah ke, hinggalah ke hari ini dan saat ini. Apa ye maksudnya ???Waktu adalah masa dan emas itu amat berharga. Ini bermakna masa itu adalah amat berharga. Orang juga pernah berkata masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya maka ia akan memotong kita. Maka rugilah seseorang itu jika membiarkan masa memotongnya.

Teringat kat lagu yang bertajuk ''Demi Masa'' yang pernah dipopularkan oleh kumplan Nasyid Raihan.


Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh...


Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran...
Gunakan kesempatan yang masih diberi Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan Kerna ia takkan kembali


Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit,Hidup sebelum mati


Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian Melainkan...
Yang beriman dan beramal saleh...

Bagaimana ye nak menghargai masa??? Adakah dengan duduk bersahaja sambil mengenang kisah-kisah silam yang penuh duka dan lara, ataupun membuat sesuatu yang bermanfaat yang dapat mengubah dan memberi kebaikan kepada diri dan juga kepada orang disekeliling????. Ambillah waktu untuk berfikir sejenak....Jangan fikir terlalu lama pulak, nanti boleh dikatakan buang masa je. Jadi gunakan ia sebaik yang mungkin.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca, kerana membaca itu sumber hikmah, Menyediakan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, Menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan.

Orang yang bahagia juga menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, Menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu membuat muda selalu dan juga orang yang bahagia itu menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Waktu adalah SESUATU,
Yang engkau berada di dalam sesuatu tersebut.
Apabila engkau berada di dunia,
waktumu DUNIA.
Apabila engkau berada di akhirat,
maka waktumu AKHIRAT.
Apabila engkau berada dalam kebahagiaan,
waktumu KEBAHAGIAAN.
Dan apabila kamu berada dalam kesedihan, waktumu KESEDIHAN.
(Imam Ibnu Qayyim).

''Ya Allah lindungilah aku dari waktu duniaku yang melalaikan...Berikanlah aku kekuatan untuk waktu akhiratku..Ameen''

Ghibah (Mengumpat)

Bismillaahirrahmaan nirrahim.....

Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang dipahami sebagai hinaan. Mendengar orang yang sedang ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah.
Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan berikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.

Kalau nak kira semua apa orang cakap tentang kita, tak buat kerja kita dibuatnya. Nak buat tu takut, nak buat ni takut. Akhirnya, kekal sebagai orang yang tak buat apa-apa.

Mulut orang ni, kalau kita buat yang baik pun kena kata, kita buat yang jahat apatah lagi. Tak ada hentinya. Jadi apa kita nak buat???? Buat tak reti je la, yang kita tahu kita buat perkara yang baik. Soal orang nak perlekeh, nak kata itu ini, begitu begini, itu orang punya pasal.Nak menambah berat timbangan dosa di akhirat, biarlah.

Apa kita nak sibuk. Kita masih kita. Orang mengata kita, seharusnya kita semakin kuat bekerja; orang perlekeh kita, seharusnya kita semakain mencercak. Lama- lama orang tak terkata apa. Dan biasanya orang yang suka mengata kita ni bukan orang lain, orang yang kita kenal baik dengan kita.

Nabi s.a.w bersabda,''Awaslah kamu dari ghibah (mengumpat) kerana ghibah itu lebih berat daripada berzina.'' Ditanya bagaimanakah?'' Jawabnya, ''Sesungguhnya seorang yang berzina bila dia bertaubat, maka ALLAH memberinya taubat tetapi orang yang ghibah tidak akan diampunkan oleh ALLAH, sehingga dimaafkan oleh orang yang dighibah itu.''
(Riwayat Alabaihaqi, Atthabrani, Abu Asysyaikh, Ibn Abid Dunia.)
Amacam? Tak takut ke? Tak tahu lah kalau tak takut. Dalam dunia ini macam-macam orang ada. Ada orang kerjanya umpat orang, kerjanya cari kesalahan orang. Sesetengah kita perlu pertahankan, tapi kebanyakkannya kita buat tak reti. Sebab kalau kita sibuk layan, banyak kerja terbengkalai , silap-silap tanpa disedari kita juga turut sama terlibat. Dalam ilmu psikologi, orang macam ni wujud sebab nak tutup kelemahan diri sendiri.
Peringatan: Ghibah (mengumpat) banyak memberi impak negatif kepada diri sendiri, bukan kepada diri sendiri sahaja malah turut memberi impk negatif kepada masyarakat sekeliling.
JAUHI GHIBAH!!!

Tip Pendinding Diri daripada Sihir, Santau dan seangkatan dengannya

A'u zubillahi minassyaidton nirrajiim
Bismillaahirrahmaan nirrahiim
Tips:

  1. Makan Tamar Nabi (Kurma Al-Ajwah) tiap-tiap hari sebanyak 7 biji sambil berdoa. Kalau tak de kurma Al-Ajwah, kurma biasa pun boleh.
  2. Berwudhuk sebelum tidur.
  3. Solat berjemaah.
  4. Solat sunat Tahajjud 2 rakaat tiap malam.
  5. Amalkan baca doa sebelum masuk tandas.Tandas adalah tempat kotor. Tempat kotor adalah tempat yang paling digemari oleh syaitan.
  6. Sebelum melakukan sesuatu mulakan dengan membaca:

A'u zubillahi minassyaidton nirrajiim

''Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam''

7. Amalkan membaca ayatul Kursi dan berzikir sampai tertidur.

8. Amalkan membaca:

  • Al-Fatihah
  • 3 QUL ( Al- Ikhlas, An-Nas, Al-Falaq)
  • Al-Kafirun
  • Surah Yunus; Ayat 79-82
  • Surah Thaha ; Ayat 65-69
  • Surah Soffat; Ayat 1-10

Bangun pagi janganlah lambat,

Nanti lambat pergi pejabat,

Usah percaya bomoh dan kurafat,

Bimbang hidup tidak selamat.

*Sumber : Rancangan Semanis Kurma yang bertajuk ''Gila Berbomoh''

Thursday, July 30, 2009

Mutiara Kata




















Melayu Hari Ini


Renungkan....
Di mana boleh cari ramai Melayu,
Pastinya di Kelantan dan Terengganu,
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu,
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu,
Di Jom Heboh orang melayu berpusu-pusu,
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu.
Dan di jalan, lumba haram rempit tak berlampu,
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu,
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu,
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru,
Terkinja-kinja menari macam hantu.
Apa hobi orang Melayu?
Terkenal dengan budaya malas dan lesu,
Berlepak buang masa tak jemu-jemu.
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu,
Tengok Telenovela dari Filipina dan Peru,
Berpusu-pusu pergi tengok pameran hantu,
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku,
Mana tak gendut berpenyakit selalu.
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu,
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu,
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu,
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu,
ADA...tapi kurang sangat mereka di situ.
Kenapa Melayu jadi begitu?
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru?
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu?
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu,
Nak harap Kerajaan saja membantu,
Terutama sekali kontractor kelas satu,
Tak habis-habis gaduh nak jatuhkan siapa dulu,
Pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu,
Dan suka sangat budaya ampu mengampu.
Sampai bila nak tunggu Bangsa Melayu yang maju,
BOLEH! dengan beberapa syarat tertentu,
Pertama dengan banyak menguasai ilmu,
Kata Nabi ikutlah Al- Quran dan sunnah Ku,
Al-Quran yang diturunkan1400 tahun dahulu,
Tapi apa yang tahu, Cuma baca bila nak halau hantu.
Pesanan editor: Puisi di atas dikongsi atas niat untuk mengajak sahabat bermuhasabah diri. Di mana letak diri dan apa tindakan kita untuk membaiki bukan sahaja diri sendiri bahkan masyarakat dan bangsa sendiri.Seperti mana firmanNya yang bererti, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah dirinya sendiri (8:53). Sama-sama berlapang dada,bak kata pepatah, ambil yang jernih buanglah yang keruh.Jangan lupa juga pada kata pepatah, siapa yang makan cili,dialah yang akan terasa pedasnya.
*Sumber adalah dari laman web http://phatfamily.blogspot.com/

Wednesday, July 29, 2009

Cerita Kerang dan Kehidupan

Ini cerita seekor kerang...cerita tentang kehidupan kita.....boleh dijadikan tauladan..
Seekor makhluk Allah yang hidup dalam dunianya yang tersendiri. Begitu sukar ditafsir oleh pancaidera manusia. Kehidupannya sama seperti kita; seandainya kita adalah kerang. Angin taufan yang melanda pantai laut Mediteranean bulan itu amat kuat sehingga meniupkan tiupan angin yang bukan kepalang, lalu angin itu ditafsir menjadi gulungan ombak yang menggila sepanjang pantai. Ia takut, risau dengan keselamatannya. Lantas ia tetap menyorok dalam cangkerangnya. Lama ia begitu, biarpun kelaparan tetap bertahan. Tanpa melihat keluar walau sejenak pun. Adakalnya ia bergolek-golek; dek kerana hempasan ombak setinggi langit baginya. Lalu ia berdoa, semoga tetap bertahan.
Kembali muhasabah erti sebuah kehidupan. Terkenang ia akan sebulan yang lalu, pantai itu begitu tenang. Pantai yang terletak di salah sebuah daerah Mesir; Dumyat. Keriangan petang itu bersama rakan-rakannya yang lain masih terasa hingga kini. Tika itu, seluruh ahli keluarganya berkumpul bersama-sama, makan bersama-sama dan gelak ketawa silih berganti. Alangkah riangnya hati. Semua kerang membuka luas cangkerangnya, begitu banyak makanan yang dapat diperoleh. Dia dapat melihat seluruh dunianya; dunia terumbu karang.
Namun kini, segalanya berubah. Ingatkan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Pernah sekali ia cuba melihat keluar dalam ngauman ombak tatkala itu. Astaghfirullah... Segala-galanya hancur, mati dan binasa. matanya terpaku kepada sekujur cangkerang; seolah biasa melihatnya. "Maak!.." Itu sahaja kalimah yang terlafaz pada mulutnya. Dalam linangan air mata ia cuba mendekati tubuh itu. Mati. Tiada apa yang boleh diusahakan. Dia lantas menoleh ke sekelilingnya, segala-galanya hancur! cangkerang siput, kerang dan ketam bergelimpangan di sana-sini. Ia amat takut, trauma melihatnya. Dia lantas pergi dari situ, meninggalkan sekujur tubuh kaku insan tercinta.
Tiba-tiba ia terlihat seekor kerang yang masih teguh cangkerangnya, cantik, indah. Ia cuba mendekati perlahan-lahan, dengan harapan menemukan kerang hidup yang lain. Ombak menghempas lagi. Cepat-cepat ia masuk ke dalam perlindungannya. Setelah reda ia cuba membuka kembali pintu cangkerangnya. "Ya Allah!..." Alangkah terkejutnya ia, kerang tadi yang begitu indah luarannya terbuka luas mulutnya. Hanyir dan busuk. Kelihatan beberapa ekor ulat sedang memamah jasadnya. Ulat itu menggelitik-gelitik. Menggelikan, matanya melihat, otaknya mentafsir lalu meghasilkan satu emosi yang kurang menyenangkan. Ia mual dan termuntah di situ. Kerang itu sedih dan duka. hatiya benar-benar menangis, pilu mengenangkan nasib diri. Lalu atas tikar kesedihan itu ia bermunajat kepada Ilahi. Biar betapa kuat ombak menghempas, ia tetap bertahan. Ya tetap bertahan dalam cangkerangnya.
Begitulah juga kehidupan seorang manusia wahai sahabatku. Kita ini ibarat kerang. Dunia kita ialah pantai. Adakalanya arus laut terlalu tenang, indah, senang dan perlahan. Lantas kita lupa, kita alpa dengan kesenangan yang hanya sementara. Kita juga lupa bahawa kita hanyalah kerang yang lemah, menumpang dalam pentas kehidupan. Sungguh, zaman remaja kita amatlah hebat ombak cabarannya wahai sahabatku, walaupun kita tidak menyedari hakikat ini. Fenomena-fenomea kebejatan sosial dan kehancuran akhlak adakalanya tidak disedari oleh kita. Jarum-jarum thaghut telah mencucuk hati kita melalui media-media, majalah, surat khabar dan internet. Maka ramai yang hatinya mati, seperti matinya kerang-kerang, siput-siput dan ketam-ketam dalam kisah di atas. Hanyalah bahtera iman yang akan melayarkan kita ke destinasi yang abadi. Perkasakanlah iman dengan al-Quran dan solat malam. Sentiasa berdamping dengan Quran, kerana ia akan menyalakan semangat perjuangan. Manakala solat malam (qiamullail) akan memantapkan hati, meneguhkan jiwa dan melancarkan lidah.
Adakalanya kita perlu beruzlah (mengasingkan diri) dalam cangkerang keimanan kita. Ombak di luar sana amat hebat sahabatku. Berlindunglah dalam cangkerang keimananmu. Semoga hati kita sentiasa bersih dan suci. Kerang itu masih di situ. Berteleku dalam munajatnya di hadapan wajah Tuhan. Kerang itu teguh dan kuat, tatkala yang lain kalah, ia dapat bertahan. Kisah kerang; analogi kehidupan insan. Ada yang kalah dan mati, ada yang hidup dan tetap bertahan. Sekiranya seekor kerang dapat bertahan di pantai ombak ganas yang membinasakan, mampukah kita bertahan dalam arus dunia keremajaan?
Sumber: www.drhazimazhar.blogspot.com

Tolong Ingatkan Saya


Tolong ingatkan saya
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan,
Dalam kesedihan dan kedukaan.
Tolong ingatkan saya
Jangan jadi anak derhaka,
Mak dan ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.
Tolong ingatkan saya
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Ketika radio penuh kelalaian,
Ketika tv penuh Hiburan.
Tolong ingatkan saya
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan dan disingkatkan,
Diketat dan dijarangkan.
Tolong ingatkan saya
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.
Tolong ingatkan saya
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.
Tolong ingatkan saya
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.
Tolong ingatkan saya
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segalanya,
Dialah tumpuan.
TOLONG INGATKAN SAYA