Rasulullah menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)."
(Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).
Ghibah bukan hanya pada ucapan lidah, tetapi setiap gerakan, isyarat, ungkapan, sindiran, celaan, tulisan atau segala sesuatu yang dipahami sebagai hinaan. Mendengar orang yang sedang ghibah dengan sikap kagum dan menyetujui apa yang dikatakannya, hukumnya sama dengan ghibah.
Pahala amal kebaikan orang yang melakukan ghibah akan berikan kepada orang yang menjadi sasaran ghibahnya. Islam mengharamkan dan melarang ghibah kerana boleh mengakibatkan putus ukhuwah, rosak kasih sayang, timbul permusuhan, tersebar aib, lahir kehinaan dan timbul keinginan untuk melakukannya.
Kalau nak kira semua apa orang cakap tentang kita, tak buat kerja kita dibuatnya. Nak buat tu takut, nak buat ni takut. Akhirnya, kekal sebagai orang yang tak buat apa-apa.
Mulut orang ni, kalau kita buat yang baik pun kena kata, kita buat yang jahat apatah lagi. Tak ada hentinya. Jadi apa kita nak buat???? Buat tak reti je la, yang kita tahu kita buat perkara yang baik. Soal orang nak perlekeh, nak kata itu ini, begitu begini, itu orang punya pasal.Nak menambah berat timbangan dosa di akhirat, biarlah.
Apa kita nak sibuk. Kita masih kita. Orang mengata kita, seharusnya kita semakin kuat bekerja; orang perlekeh kita, seharusnya kita semakain mencercak. Lama- lama orang tak terkata apa. Dan biasanya orang yang suka mengata kita ni bukan orang lain, orang yang kita kenal baik dengan kita.
Nabi s.a.w bersabda,''Awaslah kamu dari ghibah (mengumpat) kerana ghibah itu lebih berat daripada berzina.'' Ditanya bagaimanakah?'' Jawabnya, ''Sesungguhnya seorang yang berzina bila dia bertaubat, maka ALLAH memberinya taubat tetapi orang yang ghibah tidak akan diampunkan oleh ALLAH, sehingga dimaafkan oleh orang yang dighibah itu.''
(Riwayat Alabaihaqi, Atthabrani, Abu Asysyaikh, Ibn Abid Dunia.)
Amacam? Tak takut ke? Tak tahu lah kalau tak takut. Dalam dunia ini macam-macam orang ada. Ada orang kerjanya umpat orang, kerjanya cari kesalahan orang. Sesetengah kita perlu pertahankan, tapi kebanyakkannya kita buat tak reti. Sebab kalau kita sibuk layan, banyak kerja terbengkalai , silap-silap tanpa disedari kita juga turut sama terlibat. Dalam ilmu psikologi, orang macam ni wujud sebab nak tutup kelemahan diri sendiri.
Peringatan: Ghibah (mengumpat) banyak memberi impak negatif kepada diri sendiri, bukan kepada diri sendiri sahaja malah turut memberi impk negatif kepada masyarakat sekeliling.
JAUHI GHIBAH!!!
No comments:
Post a Comment