Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau yang tidak selesa. Pergerakan usus mungkin kecil, keras atau kering. Bilangan kali seseorang membuang air besar dalam sehari adalah berbeza. Ia mungkin 2-3 kali sehari atau sekali dalam 2-3 hari. Seseorang dikatakan mengalami sembelit jika ia membuang air besar hanya dua kali dalam seminggu atau kurang daripada itu dan dikaitkan dengan peneranan ketika membuang air besar. Sembelit adalah lebih biasa di kalangan wanita.
Gejala-gejala
- Najis adalah lebih kering dan keras dan adalah lebih susah untuk membuang air besar.
- Meneran semasa membuang air besar.
- Sakit semasa pergerakan usus.
- Kekejangan di bahagian abdomen.
Punca-Punca
1. Sembelit Mudah
A. Stasis rektal, yang mungkin disebabkan oleh
- Tabiat buruk
- Sakit pada bahagian dubur
- Gangguan kesedaran kerana pelalian yang melampau.
B. Stasis kolon, yang mungkin diakibatkan oleh
- Pengambilan makanan yang kurang (kekurangan residu selulos di dalam diet seharian)
- Perubahan dalam pergerakan usus yang diakibatkan oleh ketidakfungsian endokrin contohnya, penggunaan ubat tertentu seperti zat besi, kodein
Peranan Anda
Corak hidup baru seperti:
Pemakanan
- Lebihkan serat dalam pemakanan harian anda.
- Minum 6-8 gelas cecair dalam sehari, contohnya jus, air, teh, kopi
Senam
- Mula program penyenaman yang baru atau sambung semula sukan yang anda telah minati dahulu.
Tabiat
- Buang air besar selalu dan jangan tak perendahkan dorongan untuk membuang air besar
- Kawal tekanan dan belajar untuk beristirehat.
- Jangan memberi tekanan yang terlalu banyak pada latihan tandas kanak-kanak.
- Jangan suai-ubat dengan terlalu banyak antasid.
Sembelit tidak harus ditakperendahkan dan harus dirawat pada peringkat awal apabila penyebab masalahnya diketahui selepas dibincang dengan doktor anda
No comments:
Post a Comment