Wednesday, July 29, 2009

Cirit-Birit (Diarrhea)

Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.
Gejala - gejala
  • Peningkatan kekerapan membuang air besar.
  • Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
  • Terdapat angin atau kentut yang melampau.
  • Kehilangan selera makan.
  • Adakalanya demam.
  • Adakalanya terasa mual dan muntah.
  • Sakit otot.


Komplikasi
Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.


Punca-punca cirit-birit

  • Meminum air yang tercemar.
  • Memakan makanan yang tercemar.
  • Intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
  • Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba

Peranan Anda

Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.

  • Minum banyak air.
  • Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
  • Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda).
  • Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.
  • Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk dihadam.
  • Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding dengan doktor anda.
  • Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.

No comments:

Post a Comment